Lima Bulan Tak Merokok, Hattan Jimat RM1,000 Sebulan

Diterbitkan: Sabtu, 10 Disember 2016 6:00 AM

Datuk Hattan sudah lima bulan meninggalkan tabiat merokok.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Penyanyi Datuk Hattan yang sudah lima bulan tidak merokok mengakui bukan mudah menahan keinginan untuk kembali kepada tabiat tersebut.

Hattan atau Mohd Shukri Shahabuddin, 52, berkata, pada bulan pertama dia meninggalkan rokok badannya menjadi lemah selain perasaan gian menguasai diri namun keadaan itu lama-kelamaan kembali pulih.

"Jujur saya katakan ia bukan proses yang mudah tambahan pula saya berhenti terus dan bukannya secara beransur-ansur.

"Memang badan rasa sangat lemah mungkin kerana tiada nikotin dalam badan namun saya tetap bertahan dan nekad dengan keputusan dibuat.

"Alhamdulillah selepas lima bulan meninggalkan tabiat merokok saya semakin bersemangat dan perasaan gian sudah berkurangan," katanya kepada mStar Online.

Dalam pada itu, Hattan berkata, selain faktor kesihata, dia mengambil keputusan berhenti merokok kerana menyedari pembaziran wang yang telah dilakukan selama ini.

Kata Hattan, setiap hari dia akan menghabiskan sekurang-kurangnya RM34 untuk membeli dua kotak rokok dan secara purata membelanjakan sekitar RM1,000 sebulan untuk tujuan tersebut.

"Saya terfikir apa yang boleh saya lakukan dengan RM1,000 dan ketika itu saya nekad untuk berhenti merokok dan menggunakan wang untuk membeli rokok bagi tujuan lain.

"Disamping itu juga saya beritahu diri jika tidak sekarang saya berhenti daripada tabiat buruk ini, bila lagi saya akan berbuat demikian?," ujarnya.

Sementara itu, Hattan berkata, setiap hari dia akan mengasingkan RM34 dan dimasukkan ke dalam tabung bagi mengingatkan dirinya agar tidak membeli rokok.

"Setiap hari seperti biasa saya akan mengeluarkan RM34 daripada dompet untuk dimasukkan ke dalam tabung dan Alhamdulillah selepas lima bulan ia semakin banyak.

"Wang berkenaan saya simpan untuk berikan kepada anak saya Adam untuk dia membeli barang yang dia ingini.

"Itu adalah lebih baik daripada saya membeli rokok," ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Hattan berkata, dia bakal bertindak sebagai juri profesional program realiti terbaharu, Duo Star yang menyaksikan penyanyi profesional bergabung sebagai pasangan duet.

Ia bakal menemui penonton menerusi salurang Astro Ria (104) dan Ria HD (123) bermula 25 Disember ini, pukul 9 malam.

Tags / Kata Kunci: Hattan , Duo Star

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan