Danial Juara Musim Pertama 'Lawak Solo'

Diterbitkan: Jumaat, 9 Disember 2016 11:52 PM

Mohamad Danial membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM80,000 dan trofi sumbangan Astro. Foto FAIHAN GHANI

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Peserta dari Pulau Pinang, Mohamad Danial Mohd Zaini muncul sebagai juara program Lawak Solo musim pertama yang diadakan di Studio Sound Stage, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) di sini, Jumaat.

Danial, 23, berjaya menumpaskan tiga lagi peserta pada pertandingan akhir itu dan melayakkannya membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM80,000 dan trofi sumbangan Astro.

Tempat kedua pula milik peserta dari Sabah iaitu Achmad Rusli, 28 dan berjaya membawa pulang wang tunai RM40,000 dan trofi.

Persembahan Danial mendapat pujian juri.

Tempat ketiga milik Ahmad Fikry Ahmad Ibrahim, 22, berasal dari Kedah dan menerima wang tunai RM20, 000 berserta trofi.

Manakala usahawan dari Perak, Mohd Hafiz Abdul Ghani terpaksa berpuas hati ditempat terakhir dan membawa pulang wang tunai RM10,000 berserta trofi.

Hadiah disampaikan oleh Ketua Bahagian Komedi Astro, Bob Azrai.

Fikry mendapat tempat ketiga.

Dalam pada itu, pada peringkat akhir itu peserta diberi tema bebas dan hiburan sebagai tugasan bagi merebut gelaran juara.

Kesemua empat peserta akhir diadili oleh juri profesional yang mewakili 70 peratus markah pada malam itu manakala selebihnya undian peminat.

Datuk AC Mizal dan Saiful Apek bertindak sebagai pengkritik tetap manakala Erra Fazira sebagai juri jemputan.

Naib juara Lawak Solo, Mad Sabah.

Pelawak Nabil Ahmad, Ebby Yus dan Douglas Lim pula tampil sebagai penasihat komedi program berkenaan.

Ia dihoskan oleh Johan Raja Lawak manakala Fad Bocey, Zukieee dan Jamal pula sebagai pengacara bersama.

Program itu disiarkan secara langsung menerusi Astro Warna (132) dan Mustika HD (134) pada pukul 10 malam.

Lawak Solo merupakan program realiti komedi yang ingin mencari pelapis bagi memeriahkan lagi dunia komedi solo atau pun stand-up comedy yang semakin mendapat perhatian dikalangan peminat.

Tags / Kata Kunci: Lawak Solo , Astro

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan