Ada Pihak Kurang Senang Syamsul Yusof Jadi Penyanyi

Diterbitkan: Khamis, 8 Disember 2016 5:45 AM

Syamsul Yusof

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pengarah filem Syamsul Yusof sedar masih ada pihak yang tidak senang dan mempertikaikan tujuan penglibatannya dalam industri muzik tanah air sebagai penyanyi.

Syamsul, 32, berkata, dia sudah membuktikan karya nyanyiannya bukan sekadar syok sendiri malah mendapat tempat untuk bertanding di anugerah berprestij iaitu Anugerah Juara Lagu 31 (AJL31).

"Saya tahu ada ramai yang tidak suka lagu Kalah Dalam Menang ini. Sebenarnya dah lama saya buat tapi saya terlalu fikir apa orang cakap membuatkan ia tertangguh.

"Saya bukan berada dalam industri muzik ini untuk syok sendiri, sebab itu saya cuba dulu kalau orang terima baru saya teruskan," ujarnya kepada mStar Online.

Syamsul ditemui pada sidang media dan cabutan giliran persembahan untuk Anugerah Juara Lagu 31 yang diadakan di Wisma Bentley, di sini, Rabu.

Pelakon filem Desolasi  ini meluahkan perasaan di laman twitter tentang segelintir pihak yang masih tidak senang dengan kerjayanya dalam dunia seni.

Mawi (kiri) dan Syamsul berduet dengan lagu Kalah Dalam Menang.

Lagu nyanyiannya Kalah Dalam Menang bersama Mawi layak bertanding di AJL31 yang bakal berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada 22 Januari depan.

Tambah pengarah Munafik ini, dia tidak pernah mengambil peduli dan menjadikan kritikan itu sebagai pembakar semangat.

"Saya sebenarnya sudah lali dengan perkara ini, tidak suka dengan apa yang saya lakukan tapi saya malas nak ambil serius kerana perkara itu juga membakar semangat saya.

"Saya berlakon filem adik saya pun mereka marah inikan pula saya menyanyi, sudahlah dikutuk tagged  nama saya pula di laman sosial itu.

"Saya anggap sahaja mereka yang kutuk-kutuk saya di laman sosial itu ada masalah dengan hidup mereka," ujarnya.

Selain itu, Syamsul berkata, dia dalam perancangan untuk mengeluarkan single terbaharu pada tahun depan.

"Alhamdulillah, saya dalam perancangan untuk buat single solo tahun depan tapi belum tahu lagi identiti macam mana yang saya nak bawa.

"Ia macam filem juga, saya perlu cari kelainan yang tiada orang bawa," ujarnya.

Tags / Kata Kunci: Syamsul Yusof , Mawi

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan