Pegawai Dakwah Juara Pencetus Ummah Musim Keempat

Diterbitkan: Khamis, 8 Disember 2016 11:20 PM

Nor Hamizi (dua dari kiri) bersama finalis Pencetus Ummah.

(Ubah saiz teks)

KAJANG: Pegawai dakwah iaitu Nor Hamizi Jamaluddin diumumkan sebagai juara rancangan realiti agama, Pencetus Ummah (PU) musim keempat dalam pertandingan akhir yang diadakan di Dewan Konvensyen, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (Kuis), di sini malam Khamis.

Kemenangan pemuda berusia 41 tahun itu melayakkannya membawa pulang hadiah wang tunai RM100,000 dan sebuah trofi sumbangan Astro.

Pada pertandingan akhir itu Nor Hamizi memilih tajuk Aduhai Ummah dan Andai Semalam Milikku.

Bagi tempat kedua pula dimenangi oleh Zulkornain Md Rejab, 42, manakala tempat ketiga dan keempat masing-masing menjadi milik Akram Ikrami Taib Azamudden,27 dan Raihan Husni, 26.

Pemenang kedua mendapat wang tunai RM30,000 manakala bagi tempat ketiga dan keempat memperoleh wang tunai RM20,000 dab RM10,000 bersama trofi.

Hadiah-hadiah kepada pemenang disampaikan oleh Datuk Ustaz Badli Shah Alauddin dan Pengurus Saluran Astro Oasis Fuad Mat Ali.

Pemilihan pemenang adalah berdasarkan sistem pemarkahan sebanyak 70 peratus oleh juri di studio sementara selebihnya adalah pilihan penonton.

Antara juri terlibat dalam PU musim ini ialah Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin, Farah Fauzana dan Ustaz Ahmad Dasuki Abd Rani sebagai juri jemputan.

Pentas akhir Pencetus Ummah ini dihoskan oleh Faizal Ismail dan PU Azman.

Ia disiarkan secara langsung menerusi saluran Astro Oasis dan Maya HD

Tags / Kata Kunci: Pencetus Ummah

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan