Afdlin Shauki Sedia 'Open Mic' Pentas Pelawak Amatur

Diterbitkan: Khamis, 8 Disember 2016 11:56 AM

Afdlin Shauki

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pelakon dan pelawak Afdlin Shauki memberi peluang kepada anak seni khususnya pelawak baharu untuk menonjolkan bakat mereka di Comedy Planet & Restaurant miliknya yang beroperasi di Great Eastern Mall, Ampang.

Afdlin atau Afdlin Shauki Aksan, 44, berkata, ia merupakan antara tarikan yang membezakan restorannya dengan yang lain, selain menyediakan pelbagai menu masakan Melayu dan barat dengan nama unik dan pelik pada harga berpatutan.

"Menyedari ramai bakat pelawak terpendam yang ada di luar sana, Comedy Planet & Restaurant cuba mencari kelainan dengan menyediakan platform kepada mereka ini untuk menonjolkan bakat menghiburkan pengunjung yang datang menjamu selera.

"Lebih mengujakan apabila pengunjung juga berpeluang menonton persembahan jenaka dari beberapa pelawak tersohor tanahair dan persembahan artis terkenal pada setiap hujung minggu," katanya kepada mStar Online.

Afdlin ditemui pada dimajlis pelancaran Comedy Planet & Restaurant di Great Eastern Mall, Ampang di sini, pada Rabu.

Dalam pada itu, kata Afdlin, selain persembahan jenaka, pelbagai hiburan lain seperti nyanyian, sketsa, busking, bacaan puisi dan persembahan ringan akan ditampilkan khusus pada setiap hujung minggu.

"Saya lebih suka katakan Comedy Planet adalah tempat makan yang santai sesuai untuk seisi keluarga," katanya.

Antara rakan artis yang hadir pada pelancaran restoran Comedy Planet, malam Rabu.

Sementara itu, berkongsi tentang menu pelik yang ada di Comedy Planet, kata Afdlin, ianya dicipta untuk diselarikan dengan konsep komedi yang diketengahkan pada nama restoran ini.

Antara menu pelik yang disediakan adalah seperti Sup Tulang Merah Tanda Berhenti, Gado-gado Balik Rumah, Silence of the lamb shoulder, Air Kera di Hutan Disusukan, Air Pak Leman Kesejukan di Kebun Teh, Dessert Serabai Mabai Terabai K-Bye dan Nasi Lemak Konfius Mak Dengan Sambal Squidworth.

Tambahnya lagi, Comedy Planet juga akan membuka peluang kepada orang ramai yang boleh berlawak menonjolkan bakat pada malam Open Mic di mana pelawak-pelawak amatur diberi ruang untuk memenangi hadiah wang tunai untuk persembahan mereka.

"Sekarang ini saya lihat kebanyakan pusat hiburan di serata Malaysia menumpukan kepada persembahan kugiran dan nyanyian sahaja.

"Justeru, apa salahnya kalau bakat-bakat terpendam ini diberi ruang menonjolkan bakat di mana mereka yang bagus akan dapat ganjaran, selain akan ketengahkan mereka ke peringkat lebih jauh.

Sebelum ini, kata Afdlin dia pernah membuka sebuah restoran dengan nama dan konsep yang sama di Kilang Bateri, Johor Bharu selama 10 bulan, namun terpaksa menutup operasinya buat sementara waktu atas faktor keluasan restoran yang terhad.

"Di sana hanya boleh memuatkan hanya 80 pengunjung berbeza kapasitinya di sini yang boleh memuatkan seramai 400 pengunjung dalam satu masa, selain penyertaan vendor yang memeriahkan lagi ruang Comedy Planet kali ini.

Katanya lagi, biarpun perniagaan kali ini disifatkan satu pelaburan yang besar dengan kos sewa premis yang agak mahal, namun Afdlin percaya perniagaan ini mampu memberikan kepuasan bukan sahaja kepada dirinya tetapi juga insan-insan seni yang terlibat.

Tags / Kata Kunci: Afdlin Shauki , Comedy Planet

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Ayda Jebat Kecewa Mainan Politik

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Kolumnis

iklan

Iklan