'Supersains' Drama Bersiri Terbaharu Kanak-Kanak - Berita Hiburan | mStar

'Supersains' Drama Bersiri Terbaharu Kanak-Kanak

Diterbitkan: Rabu, 7 Disember 2016 5:30 AM

Sebahagian daripada mereka yang terlibat dalam drama bersiri untuk kanak-kanak terbaharu iaitu Supersains. FOTO: RICKY LAI

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Drama bersiri sains pertama iaitu Supersains bakal menarik perhatian kanak-kanak yang berminat merungkai kejadian-kejadian yang boleh dilakukan secara sains.

Penolong Naib Presiden Bahagian Pendidikan Astro, Sharifah Noraidah berkata, misi utama drama ini ialah untuk mengetengahkan kepentingan sains dan peranannya dalam kehidupan harian.

"Objektif utama adalah untuk menarik minat adik-adik khususnya di kalangan umur 7 hingga 11 tahun untuk mengetahui lebih lanjut mengenai dunia sains.

"Walaupun penemuan kaedah sains ini tidak dipersembahkan seperti dalam makmal sains, tetapi ia boleh diguna pakai untuk kehidupan harian," ujarnya kepada mStar Online.

Para pelakon Supersains.
Sharifah ditemui pada sidang media pelancaran drama bersiri Supersains yang diadakan di Petrosains KLCC, pada Selasa.

Supersains bakal disiarkan pada setiap Sabtu bermula Rabu, pukul 11.30 pagi di Astro TVIQ.

Tambahnya, pelbagai aksi  ditampilkan sepanjang penggambaran berlangsung.

Ia juga secara tidak langsung memberi peluang kepada pelakon-pelakon drama bersiri ini untuk menerokai lebih banyak ilmu sains yang tidak diketahui.

Barisan pelakon turut terlibat dalam drama bersiri ini antaranya Mark Adam, Shuib (Sepahtu), Muhd Shahidan Abdullah, Nur Damia Azhar, Sarah Zulkifli dan Nabilah Hamid.   
Tags / Kata Kunci: Supersains
   

iklan

Video

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Khamis, 5 Julai 2018 7:02 PM

Ngeri! Nampak kaki dalam beg baju

Kolumnis

iklan

Iklan