Harith Iskander Berjaya Ke Peringkat Akhir Lawak Dunia

Diterbitkan: Rabu, 7 Disember 2016 10:45 AM

Harith Iskander

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pelawak Harith Iskander berjaya ke peringkat akhir pertandingan lawak dunia iaituThe Funniest Person in the World.

Hartih berjaya mengalahkan 15 pelawak lain pada peringkat separuh akhir yang diadakan di Helsinki, Finland pada malam Selasa.

Menerusi status di laman Facebook miliknya, Harith turut mengucapkan terima kasih kepada semua orang yang telah mengundi dan menyokong dia dari pusingan awal sehingga ke peringkat akhir.

“Ia merupakan seratus peratus undian dalam talian yang akan menentukan keputusan akhir nanti,” katanya.

Segala maklumat mengenai pertandingan itu akan dikemaskini di semua medium sosial miliknya iaitu Facebook, Twitter dan Instagram.

Harith Iskander Ke Peringkat Separuh Akhir Lawak Dunia

Untuk pertandingan akhir, Harith akan berhadapan dengan cabaran bersaing dengan empat peserta lain iaitu Alex Calleja (Filipina), Mino Van Nassau (India), David Kilimnick (Israel) dan Katerina Vrana (Greece) pada Khamis di Levi, Finland.

Beliau sebelum ini berjaya mengalahkan 88 peserta lain termasuk Dr Jason Leong dari Malaysia pada pusingan pertama.

Pemenang akan diumumkan pada malam penutup pertandingan itu selepas persembahan Finnish-comedian Ismo Leikola's pada Sabtu ini.

Juara  The Funniest Person in the World, akan menerima hadiah utama sebanyak AS$100,000 (RM444,845), manakala mereka yang berada di tempat kedua dan ketiga masing-masing akan menerima AS$10,000 (RM44,484) dan AS$ 5,000 (RM22, 242).

Pertandingan ini dianjurkan oleh Laugh Factory, satu rangkaian komedi global di Amerika Syarikat.

Untuk menonton dan membuat undian, boleh klik  di sini.

Tags / Kata Kunci: Harith Iskander

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan