Imej Azharina Nilai RM1 Juta, Razman Razmi Jawab Kritikan Netizen

Diterbitkan: Selasa, 6 Disember 2016 1:23 PM

Azharina Azhar pada konsert akhir Gegar Vaganza 3 Ahad lalu yang tampil dengan imej bernilai lebih RM1 juta.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pereka fesyen Razman Razmi menjelaskan busana yang dipakai Azharina Azhar dalam semua konsert Gegar Vaganza 3 bukan seperti menggayakan baju pengantin sebaliknya mengikut tema dan konsep sehingga ia boleh mencecah lebih RM1 juta.

Razman berkata, pihaknya bersama pembantu akan membuat kajian terlebih dahulu selepas mendapat lagu yang bakal dinyanikan Azharina agar pakaian yang akan ditampilkan penyanyi itu bersesuaian untuk persembahannya di pentas pertandingan GV3.

"Saya nak tukar persepsi orang Malaysia tentang fesyen persembahan konsert, fesyen artis di majlis hiburan atau fesyen baju untuk majlis perkahwinan adalah berbeza.

"Apa yang saya dan team Azharina lakukan pada setiap persembahan di pentas Gegar Vaganza ialah kami mengikut konsep lagu yang bakal disampaikan setiap minggu, bila dapat sahaja lagu saya dan beberapa pembantu yang lain akan buat kajian tentang lagu itu.

"Saya juga nak tukar pandangan bahawa baju atau kostum untuk pertandingan nyanyian bukan seperti mengayakan baju pengantin untuk nampak cantik," ujarnya kepada mStar Online


Razman (kiri) bersama Azharina dan pembantunya iaitu Razmi.

Razman diminta menjelaskan tentang pakaian yang digayakan oleh juara Gegar Vaganza 3  Azharina pada setiap konsert yang dikatakan bernilai ratusan ribu ringgit mula diperkatakan segelintir pihak.

Tambahnya, kos yang dikira pada setiap persembahan bukan sahaja pada baju, sebaliknya nilai barangan perhiasan yang digunakan bersesuaian dengan konsep setiap minggu.

"Nilai itu dikira termasuk pihak kami terpaksa bekerja dalam masa yang singkat iaitu mengambil masa dua hari sebelum pertandingan. Saya juga menggunakan empat hingga lima pekerja menyiapkan baju dipakai Azharina.

"Ia juga berserta nilai aksesori Cartivia Jewelry yang menaja cincin, subang dan rantai setiap minggu mencecah ratusan ribu..

"Selain itu, setiap pereka fesyen juga berbeza-beza caj yang dikenakan. Contohnya jika anda buat dengan Datuk Rizalman sudah tentu lebih mahal kerana mengambil kira pengalaman dia," ujarnya.

Tambah dia lagi, nilai keseluruhan pakaian Azharina dan aksesori berjenama pada malam Ahad lalu pula bernilai lebih dari RM1 juta.


Persembahan Azharina pada konsert akhir Gegar Vaganza 3 dapat perhatian.

Dalam pada itu, Razman mengakui kesal dengan segelintir netizen yang menganggap nilai yang dinyatakan itu tidak masuk akal atau sekadar rekaan semata-mata.

"Saya baca ramai yang kritik dan anggap saya berangan kerana letak harga mahal-mahal, tapi mereka tidak tahu apa yang kami dan team Azharina lakukan untuk melihat persembahannya berbeza berbanding peserta lain.

"Perkara ini sebenarnya sudah dilakukan oleh penyanyi luar negara termasuk Indonesia, mereka tidak lagi pakai pakaian hanya untuk nampak cantik ketika di pentas," ujarnya.

Selain Azharina, Razman turut menghasilkan baju untuk hos program berkenaan iaitu Nabil Ahmad dan juri tetap Datuk Khadijah Ibrahim.
Tags / Kata Kunci: Razman Razmi , Azharina Azhar , Gegar Vaganza

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan