Ada Kaitan Kisah Hidup, Azharina Dapat Jiwai Lagu Malam Akhir 'GV3'

Diterbitkan: Isnin, 5 Disember 2016 8:06 AM

Azharina mendapat wang tunai RM100,000 selepas menjarai Gegar Vaganza 3. Foto RICKY LAI

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Penyanyi Azharina Azhar memberitahu dia mampu menjiwai lagu Mama Aku Ingin Pulang dan Izinkanlah yang dinyanyikan pada malam konsert akhir Gegar Vaganza 3 (GV3), berikutan ia sama seperti jalan hidup dilaluinya.

Azharina, 31, berkata, dia mengenang kisah kehidupan sebenar tentang perkahwinan yang pernah dilaluinya penuh dengan dugaan.

"Saya mampu menjiwai lagu ini kerana itu adalah jalan hidup saya, saya pernah berkahwin, saya pernah rasa manis dan rasa sangat sakit.

"Saya pernah rasa ingin kembali semula tapi saya sedar kami ada kehidupan masing-masing.

"Selain itu, wajah anak saya Rahmat sering bermain di fikiran membuatkan saya menjiwai lagu tersebut hingga ianya sampai ke hati penonton," ujarnya kepada mStar Online.

Azharina ditemui pada sidang media selepas konsert Gegar Vaganza 3 yang berlangsung di Auditorium MBSA, di sini, Ahad.

Penyanyi yang popular dengan lagu Elergi Sepi ini menewaskan saingat terdekatnya Siti Sarah Raisuddin.

Azharina mendapat perhatian juri ketika menyampaikan persembahan.

Dia pernah berkahwin dengam seorang usahawan Datuk Shukri Muhamed pada sekitar tahun 2007 dan perkahwinan tersebut hanya bertahan selama tiga tahun.

Azharina kemudian mengambil anak angkat bernama Rahmat Azaharin Aziz Mohamad Faizal yang kini berusia dua tahun.

Dalam pada itu, Azharina berkata, pengorbanan terbesar yang dilakukannya sejak memasuki program ini ialah kurang memberi perhatian dan masa terhadap anaknya.

"Pergorbanan paling besar ialah masa dengan anak saya, kasihan dia sejak lapan minggu ini kurang mendapat perhatian saya.

"Seminggu hanya sekali sahaja dia dapat jumpa saya, tapi dia tahu apa yang saya lakukan ini adalah untuk masa depannya," ujarnya.

Sementara itu, Azharina berkata, dia belum ada sebarang perancangan untuk hadiah wang tunai dan sebidang tanah diterimanya sebagai pemenang utama namun memberitahu dia berhasrat untuk mengerjakan umrah.

Azharina berhasrat untuk mengerjakan umrah.

Dia juga belum memikirkan tentang rancangan lagu yang bakal dirakam bersama Astro.

"Sejak masuk pertandingan ini sampai sekarang saya tidak tahu apa sebenarnya hadiah yang saya dapat kerana niat saya hanya untuk menonjolkan bakat.

"Nawaitu saya untuk jadi penghibur, hadiah yang saya dapat malam ini saya belum fikirkan lagi termasuk lagu yang akan dirakam," ujarnya.

Dalam pada itu, penyanyi ini mengakui, jadual persembahannya kini sudah penuh diisi sehingga Mac tahun hadapan.

Katanya, dia juga mendapat tawaran untuk mengadakan konsert solo di Indonesia dan Filipina pada Januari ini.

"Alhamdulillah, sejak memasuki Gegar Vaganza ini tawaran untuk persembahan banyak dan setakat ini sudah penuh hingga Mac depan.

"Antara yang besar ialah konsert di Indonesia dan Filipina pada awal tahun depan," ujarnya yang berpenampilan lebih RM1 juta pada malam tersebut.

Tags / Kata Kunci: Azharina , Gegar Vaganza 3 , GV3

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan