Amar Asyraf Kurangkan Aktiviti Lakonan Untuk Anak

Diterbitkan: Isnin, 5 Disember 2016 5:30 AM

Amar Asyraf mengurangkan aktiviti lakonan bagi memberi perhatian kepada anaknya Amar Taufiq yang baharu berusia dua tahun.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pelakon Amar Asyraf memberitahu dia terpaksa mengurangkan sedikit aktiviti lakonan bagi memberi perhatian kepada anaknya Amar Taufiq yang baharu berusia dua tahun.

Amar atau nama sebenarnya Amar Asyraf Zailuddin, 30, perkara tersebut dilakukan berikutan rasa bimbang memikirkan pembesaran anak sulungnya dengan situasi budaya yang tidak terkawal.

"Saya tahu bukan saya seorang berfikir sebegini malah ibu bapa lain juga tidak terkecuali kerana memahami budaya dan persekitaran mereka membesar tidak sama seperti waktu kita kecil-kecil dahulu.

"Demi memberi perhatian pada anak, isteri saya sanggup berhenti kerja dan saya pula tidak lagi rancak mengambil tawaran lakonan sepertimana waktu bujang dahulu kerana mahu lihat dia membesar di hadapan mata dengan positif," ujarnya.

Amar ditemui ketika menjalani latihan teater epik Putera La Galigo arahan Dr Rosdeen Suboh di Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) baru-baru ini.

Sementara itu, Amar berkata, dia tidak pernah berasa rugi sebaliknya percaya kepada rezeki yang sudah ditentukan Allah taala.

"Saya memilih untuk membentuk keluarga saya dalam hidup yang bersederhana dan sentiasa percaya dengan rezeki Allah SWT," ujarnya.

Dalam pada itu kata pelakon drama Umairah ini lagi, dia juga tidak menghalang kehendak dan hala tuju anaknya apabila besar kelak namun akan sentiasa memberi pantauan yang terbaik.

"Saya tidak akan menyekat kemahuan dia selagi saya rasakan pilihannya itu berada di landasan yang betul.

"Maklumlah, budak-budak sekarang mudah terpengaruh dengan gaya hidup antaranya harus berhadapan dengan perang minda, teknolgi dan psikologi yang penuh cabaran.

Dalam perkembangan kerjaya seninya pula, Amar mengakui dia seorang yang fokus pada satu-satu tawaran dan tumpuannya kini hanya pada teater Putera La Galigo yang kini sedang giat mengadakan sesi latihan.

"Ia sebuah teater terbesar pernah saya jayakan selama saya bergelar pelakon dan saya amat berbesar hati untuk sama-sama terlibat menerusi teater genre epik terbesar pernah dianjurkan di negeri Selangor ini apalagi dipertanggungjawab memegang watak utama.

Menerusi teater ini, Amar memegang watak sebagai Raja Lumu yang ditentang kedaulatannya sebagai Sultan Selangor Pertama oleh Datuk Empat Suku.

Turut menjayakan teater terbitan Keno Production dengan kerjasama Kerajaan Negeri Selangor ini ialah Tasha Shila, Raja Azura, Ainul Aishah, Wan Raja, Isa Khan dan ramai lagi.

Ia akan dipentaskan di Stadium Melawati Shah Alam pada 16 Disember pukul 8.30 malam manakala 17 dan 18 Disember pula pada pukul 3.30 petang dan 8.30 malam.

Tiket dijual pada harga RM35 dan RM200 boleh didapati di www.airasiaredtix.com atau menghubungi talian 03-87754666 dan 03-41019332 untuk pertanyaan lanjut.

Tags / Kata Kunci: Amar Asyraf

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan