Johor Destinasi Pertama Konsert Jelajah Estranged

Diterbitkan: Ahad, 4 Disember 2016 5:00 AM

Estranged adakan konsert di Johor Bahru pada 3 Februari depan.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Kumpulan Estranged bakal mengadakan konsert jelajah berjudul Konsert Estranged Sepenuhnya Vol 1 di Kilang Beteri, Johor Bahru sebagai destinasi pertama pada 3 Februari 2017.

Vokalisnya, Rich atau nama sebenarnya Richael Lawrence Gimbang, 34, berkata, ia merupakan kesinambungan selepas siri konsert jelajah kampus yang dilakukan sebelum ini mendapat sambutan menggalakkan.

"Kami memilih Johor sebagai lokasi pertama pada tahun 2017 dan akan tampil dengan revolusi baru dengan muzik yang lebih matang.

"Banyak ilmu muzik yang kami belajar sejak 10 tahun berada dalam industri dan kami akan menemui peminat-peminat kami yang lama dan baru," ujarnya.

Estranged turut dianggotai oleh Din (gitar) dan Hanafi (gitar).

Dalam pada itu, bercerita tentang konsert berkenaan, Rich berkata, sebanyak 1,500 tiket akan dijual dengan harga RM25.

Persembahan tersebut turut dimeriahkan dengan kehadiran penyanyi Velvet.

"Kami akan mempersembahkan lagu-lagu hit merangkumi dari album In Hating Memory sehingga Sepenuhnya Vol. 1 termasuk Aurora, Itu Kamu atau Hancur Aku.

"Besar harapan kami agar konsert ini mencapai sukses dan menjadi pemula yang baik untuk Estranged melakukan lebih banyak persembahan dalam skala besar pada masa akan datang," jelas Estranged mengenai konsert yang menerima tajaan daripada Power Root dan Drum Asia.

Tiket-tiket sudah boleh dibeli secara dalam talian menerusi www.estrangedtour.com
Tags / Kata Kunci: Estranged

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan