Johan As'ari Berhajat Kahwin Selepas Jatuh Hati Pada Teman Artis

Diterbitkan: Sabtu, 3 Disember 2016 6:00 AM

Hati Johan As'ari sudah terbuka kepada seorang teman artis. FOTO: Art Chen

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pelakon Johan As'ari meluahkan hasrat agar Allah mempercepatkan jodohnya sempena usianya yang mencecah angka 30 tahun pada Sabtu.

Johan atau nama sebenarnya Johan Arrif As'ari, 30, berkata, dia kini sedang mengenal hati budi seorang pelakon wanita namun belum bersedia berkongsi kepada umum atas dasar menghormati kenalannya itu.

"Sudah mencecah usia 30 tahun, selain mengharapkan kualiti pada kerjaya seni lakonan saya, jauh di sudut hati saya mohon dipercepatkan bertemu jodoh sebenar.

"Jujurnya, saya sekarang dalam proses mengenali hati budi seorang pelakon namun antara kami tidak pernah meluahkan perasaan biarpun menyedari ada keserasian,” katanya kepada mStar Online.


Johan As'ari bersama sebahagian daripada ahli-ahli kelab peminat meraikan sambutan ulang tahun ke-30 hari lahirnya. FOTO: Art Chen.
Johan ditemui pada majlis sambutan ulang tahun kelahirannya yang ke 30 di Cabana Avenue, Kota Damansara, di sini, pada Jumaat.

Majlis berkenaan diadakan sehari awal berbanding ulang tahun kelahiran sebenarnya pada Sabtu.

Sementara itu kata pelakon siri Juvana ini lagi, perkenalan selama dua tahun bersama pelakon itu telah membuka pintu hatinya untuk ke peringkat seterusnya kerana tertarik dengan sifat dia yang sederhana.

"Apa yang boleh saya katakan, dia sangat bersederhana dan tidak suka menonjolkan diri ketika berada di khalayak dan perkara itu membuatkan saya tertarik kepadanya.

"Pun begitu saya tidak mahu terlalu berharap kerana perkenalan kami belum sampai ke tahap yang serius dan saya pula seorang yang pemalu untuk berterus-terang dan itu yang lebih menjadi masalah sebenarnya,” katanya.

Johan As'ari ketika mengusik pemiant-peminatnya. FOTO: Art Chen
Ditanya kenapa dia selesa memilih pelakon sebagai calon isteri dan tidak pada orang biasa, kata Johan kebanyakan wanita di luar industri hiburan malu mendampinginya atas dasar dia seorang pelakon dan perkara itu mewujudkan jurang kemesraan.

"Saya ni pemalu, jadi bila orang malu dengan saya, habislah," ujarnya seloroh.

Berbeza dengan pelakon, kata Johan setidak-tidaknya wanita tersebut faham bidang tugasnya sebagai orang seni yang banyak berhabis masa di set penggambaran.

Pun begitu kata Johan, dia tidak menolak seandainya Allah takdirkan jodohnya di kalangan orang dan bukannya artis.

Mengenai lakonannya, Johan kini sedang menanti tayangan filem terbarunya berjudul Bo Peng yang akan ditayangkan di pawagam pada 22 Disember depan.


Wow... sedapnya kek!
Sementara itu mengenai majlis kejutan hari lahirnya Johan berkata ia adalah tahu ketiga dia diraikan oleh kelab peminatnya.

Majlis bertemakan pink dan hitam itu turut dihadiri beberapa rakan selebriti lain antaranya pelakon Amar Asyraf dan atlet paralimpik Ziyad Zolkefli.

Mengenakan kemeja putih dan berseluar hitam, Johan dilihat ceria meraikan peminat-peminatnya.

Sebanyak 27 pihak terlibat sebagai penaja majlis itu.
Tags / Kata Kunci: Johan As'ari

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan