Izham Tarmizi Guna Twitter Pikat Mia Ahmad

Diterbitkan: Sabtu, 3 Disember 2016 12:04 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pelakon Mia Ahmad mendedahkan perkenalannya dengan penjaga gol JDT Mohd Izham Tarmizi Roslan bermula di laman sosial iaitu Twitter setahun yang lalu.

Mia atau nama sebenarnya, Shamiha Ahmad Baderi, 28, berkata, pemuda itu pertama kali mencuba nasib dengan menyapanya di laman sosial berkenaan.

"Kalau saya dedahkan takut Izham malu pula, sebenarnya, dia menyapa saya ‘hai’ di Twitter, tapi saya tidak mengendahkannya sehingga ada peminat yang retweet dan usik-usik.

"Pada mulanya saya ingat peminat yang saja kacau-kacau, bila peminat sering mengusik kami, saya terfikir untuk (cari) Google nama dia dan barulah saya tahu dia pemain bola sepak," ujarnya kepada mStar Online.

Mia dan Izham ditemui pada sidang media pengumuman majlis pernikahan mereka di Flora Terrace, di sini pada Jumaat.

Izham Tarmizi dan Mia Ahmad ketika menjawab soalan media pada sidang media yang dibuat di Flora Terrace pada Jumaat.

Mereka akan berkahwin pada 13 Januari 2017 di rumah keluarga Mia di Taiping, Perak.

Mia berkata, dia kagum dengan kesungguhan Izham yang tidak putus asa cuba mendekati dirinya.

"Saya kesihan juga sebab layan dia begitu, tapi dia tidak putus asa dan terus berusaha untuk berkenalan. Akhirnya saya balas juga (mesej) tapi ikut kesempatan sahaja.

"Sehingga satu hari seorang rakan kami mempertemukan saya dan dia ketika saya menjalani penggambaran drama di Johor Baru. Kami bertukar nombor telefon," ujarnya.

Bagaimanapun, Mia berkata, hubungan tersebut hanya menjadi rapat selepas lapan bulan mereka berkawan.

"Kami kenal memang sudah setahun tapi sebagai kawan biasa sahaja. Memang setiap kali kalau dia di Kuala Lumpur dia akan hubungi saya untuk jumpa.

Mia Ahmad.

"Tapi saya menolak dengan pelbagai alasan kerana saya tidak tahu apa niat dia, saya juga takut dipermain-mainkan dengan lelaki. Saya bukan budak-budak muda yang masih inginkan hubungan sia-sia," ujarnya.

Sementara itu, Izham berkata, dia pernah berasa putus asa untuk memikat aktres berkenaan selepas beberapa kali percubaannya tidak dilayan.

Namun, katanya, jodoh berpihak kepada mereka apabila Mia mula menerima kehadirannya dan membuka hati untuk dia menjadi teman istimewa sedikit demi sedikit.

"Saya minat dia sejak drama Hati Perempuan, saya suka lihat dia berlakon dan penampilannya dalam drama tersebut membuatkan saya terpaut.

"Susah nak pikat dia, sebab kita tak tahu cara dia macam mana, pernah rasa putus asa kerana tidak dilayan malah jadual kami yang padat juga membataskan saya untuk mengenali dia.

"Sehingga saya rasa kami tidak sesuai bersama kerana kehidupan dan kerjaya yang berbeza," ujarnya.

Mohd. Izham Tarmizi Roslan

Mengenai perkembangan kerjaya, Mia berkata dia terpaksa berkorban masa sebagai isteri jika menerima tawaran berlakon.

"Selepas berkahwin saya akan pindah di Johor Baru dan tentang kerjaya, kami sudah berbincang untuk bertolak ansur.

"Saya terpaksa berkorban masa bersama jika menerima tawaran drama bersiri kerana ia memerlukan saya ada di Kuala Lumpur dalam tempoh yang panjang. Jika telefilem tiada masalah," ujarnya.

Pasangan ini bakal mengadakan majlis resepsi sehari selepas majlis akad nikah di Taiping Golf & Country Club Perak pada 14 Januari 2017.

Majlis menyambut menantu akan diadakan di Terengganu pada Mac 2017, manakala majlis untuk rakan-rakan di Kuala Lumpur pada penghujung Januari tahun yang sama.

Tags / Kata Kunci: Mia Ahmad , Izham Tarmizi

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan