Tunang Falisha Crossley Jadi Perhatian Kerana 'Suri Hati Mr Pilot'

Diterbitkan: Jumaat, 2 Disember 2016 5:45 AM

Falisha Crossley

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pelakon Falisha Crossley terkejut apabila gambar tunangnya, seorang juruterbang turut menjadi salah satu gambar yang menjadi perhatian dan viral penangan drama Suri Hati Mr Pilot.

Falisha, 31, bagaimanapun berkata, dia tidak berasa bimbang dan menganggap ia hanya sebagai fenomena drama berkenaan.

"Saham (populariti) dia (tunang) mungkin tengah naik selepas drama itu, foto dia juga dimuat naik oleh sebuah portal hiburan baru-baru ini.


Aik... kenapa separuh je gambar pemuda sebelah tu? Owhhh... nak buat kejutan ke Falisha? Hehehe.

"Saya tidak bimbanglah, kalau sudah jodoh,  tetap jodoh saya, lagi pula orang tidak tahu dia tunang saya kerana kami jarang ambil gambar bersama," ujarnya kepadamStar Online.

Falisha bakal mendirikan rumah tangga dengan seorang juruterbang yang dikenali sebagai Rafiq, 32, pada 1 Januari 2017 di Kuching Sarawak.

Sementara itu, Pelakon Baharu Wanita Terbaik, Festival Filem Malaysia ke 28 (FFM28) ini memberitahu dia kini sedang sibuk berulang-alik ke Sarawak, kampung halamannya itu untuk membuat persiapan terakhir.

"Sekarang memang saya sibuk buat persiapan sejak bertunang Ogos lalu. Boleh dikatakan, boleh kira berapa kali sahaja kami berjumpa. Jadual kami memang susah untuk kami cuti sama. Kalau jumpa pun benar-benar penting untuk urusan majlis.


Mohamad Rafiq. Foto dirakam Goh Thean Howe  pada 2012.

"Tapi bagus juga kerana kalau boleh dekat nak kahwin ini saya elakkan kerap berjumpa. Sebulan sebelum kahwin saya pastikan kami tidak berjumpa kerana saya ingin rasa debaran bergelar isteri," katanya.

Tambah Falisha majlis pernikahannya akan djadakan di masjid, manakala resepsi perkahwinan berlangsung pada sebelah malam di sebuah dewan di Bandar itu.

Dalam pada itu hasil carian dibuat mStar menemui profil Fafiq atau nama sebenarnya Mohamad Rafiq Mohd Arif yang merupakan kapten penerbangan syarikat AirAsia Berhad.

Beliau sudah berkhidmat lebih 12 tahun dengan syarikat penerbangan tambang rendah itu.
Tags / Kata Kunci: Falisha Crossley

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan