Bakal Suami Beri Masa Dua Tahun Mia Ahmad Fikirkan Dunia Seni

Diterbitkan: Khamis, 1 Disember 2016 6:40 PM

Mia Ahmad akhirnya akan berkongsi tarikh pernikahannya dengan Mohd Izham Tarmizi esok.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Penjaga gol JDT iaitu Mohd Izham Tarmizi Roslan memberi masa dua tahun kepada bakal isterinya Mia Ahmad untuk memikirkan sama ada mahu terus bergelar pelakon ataupun sebaliknya.

Mohd Izham, 25, berkata, dia tiada hak untuk menyekat Mia kerana ketika mengenali wanita itu, dia sudah bergelar seorang selebriti.

“Saya rasa lepas kahwin ni untuk tahun pertama, tahun kedua saya bagi dia  teruskan lagi kerjaya dia sebab saya kenal dia pun dia seorang pelakon. Bukan mudah nak saya hentikan dia serta-merta tak bagi dia berlakon. Cuma saya bagi masa… dia  kena fikir mana patut, mana tak,” katanya kepada mStar Online ketika dihubungi di sini pada Khamis.

Mohd Izham diminta mengulas mengenai perancangan perkahwinannya dengan Mia Ahmad yang dijangka pada Januari tahun depan.

Mohd Izham Tarimizi antara penjaga gol yang popular.

Pasangan berkenaan akan mengadakan sidang media bagi mengumumkan secara terperinci mengenai perkahwinan mereka dalam satu majlis yang akan di Flora Terrace dekat sini kira-kira pukul 3.30 petang Jumaat.

Mia, 28, dan Mohd Izham sebelum ini dilaporkan bercinta selepas tersebar gambar pemuda itu meraikan majlis ulang tahun kelahiran Mia pada Februari lalu.

Mohd Izham berkata, sejak berkawan dengan Mia, dia tiada masalah untuk berada dalam dunia hiburan selain sudah bersedia bergelar seorang suami.

“Semasa saya berkawan dengan Mia pun, saya sudah tahu benda tu semua dan bagi saya tak ada masalah untuk berada dalam dunia tu (hiburan),” katanya.

Dalam pada itu Mohd Izham yang berasal dari Terengganu berkata, rombongan merisik pihak lelaki telah dilakukan kira-kira dua minggu lalu hanya melibatkan keluarga terdekat kedua-dua pihak sahaja.

Tags / Kata Kunci: Mia Ahmad , Mohd Izham Tarmizi Rozlan

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan