Lufya & Hafiz Cuba Fahami Kerjaya Masing-Masing

Diterbitkan: Isnin, 28 November 2016 5:30 AM

Lufya dan suaminya Hafiz bakal menunaikan umrah. FOTO THE STAR AZLINA ABDULLAH

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pelakon Lufya dan suaminya Che Muhammad Hafiz, 26, berjanji akan cuba untuk memahami kerjaya masing-masing selepas bergelar suami-isteri.

Lufya atau nama sebenarnya Lutfya Sheikh Omar, 31, berkata, perkara itu sudah dibincangkan terlebih dahulu dan menganggap ia sebagai cabaran dalam membina sebuah keluarga.

"Saya sokong kerjaya dia, saya kena kuat dan belajar memahami kerjayanya yang mana memang memerlukan komitmen yang tinggi.

"Kami sudah berbincang perkara ini sejak awal lagi dan dia juga perlu memahami kerja saya," ujarnya kepada mStar Online.

Lufya selamat bergelar isteri kepada pemuda pilihannya Che Muhammad Hafiz Che Baharum yang merupakan seorang doktor perubatan dengan sekali lafaz dalam majlis akad nikah Sabtu lalu.

Majlis pernikahan diadakan di Laman Cinta Nirwana, di sini dengan dihadiri kira-kira 200 tetamu terdiri daripada keluarga kedua-dua pihak dan rakan terdekat pasangan berkenaan.

Lufya dan Hafiz cuba hormati kerjaya masing-masing.

Sementara itu, Che Muhammad Hafiz atau lebih mesra dipanggil Hafiz ini berkata, dia juga tidak menghalang isterinya untuk terus berada dalam industri hiburan.

"Saya sentiasa sokong kerjaya dia, memanglah kalau boleh kita mahu isteri sentiasa berada di rumah terutama menunggu kita balik kerja, tapi nak buat macm mana itu sudah kerja dia.

"Saya kenalah terima kerjaya dia, seperti dia menghormati kerja saya," ujarnya.

Dalam pada itu, pasangan ini bakal menunaikan umrah selepas selesai majlis resepsi di pihak lelaki pada Januari depan.

Hafiz berkata, dia perlu merancang cuti berbulan madu sebaik mungkin berikutan kerjaya sebagai doktor agak sukar untuk mendapat cuti yang panjang.

"Insya-Allah kami akan menunaikan Umrah terlebih dahulu iaitu selepas majlis menyambut menantu pada Januari depan. Saya perlu rancang cuti betul-betul kerana sukar untuk dapatkan cuti," ujarnya.


Pakaian nikah Lufya ditaja oleh Laman Cinta Nirwana

Selain itu, ditanya tentang perancangan keluarga, Lufya berkata, dia menyerahkan rezeki cahaya mata kepada Allah.

Katanya, dia dan suami terima andai dikurniakan zuriat dalam masa terdekat.

"Kami tidak merancang, kalau dapat rezeki cepat lebih baik," ujarnya.

Lufya mengayakan busana resepsi bertemakan wanita Arab rekaan Amir Kadir dan Zeen Bridal.

Antara rakan artis yang turut hadir pada majlis tersebut ialah Amira Othman, Falisha Crossley, Heliza Helmi, Yatt Hamzal dan Min Yasmin.

Majlis resepsi bagi pihak lelaki akan diadakan di Kuantan Pahang.
Tags / Kata Kunci: Lufya Omar

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan