Lagu Tema 'Ola Bola' Menang Di Anugerah Filem Golden Horse Ke-53

Diterbitkan: Ahad, 27 November 2016 12:25 PM

Zee Avi bersama anugerah yang diterima.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Filem Ola Bola mengukir satu lagi kejayaan apabila diumum memenangi kategori Lagu Asal Terbaik menerusi lagu Arena Cahaya nyanyian Zee Avi di Anugerah Filem Golden Horse ke-53, malam Sabtu.

Zee Avi dan penulis lagu berkenaan Rendra Zawawi menerima trofi di acara yang berlangsung di Dewan Memorial Sun Yat Sen di Taipei, Taiwan.

Zee dalam ucapannya mengakui terkejut dan terharu dengan kemenangan tersebut.

"Saya fikir datang ke majlis ini hanya untuk menyanyikan lagu berkenaan sahaja. Terima kasih kepada pengarah filem Ola Bola iaitu Chiu untuk peluang ini.

"Ini adalah projek yang sangat bagus kerana lagu ini mengenai perpaduan, kepelbagaian dan keharmonian, ia juga mnegingatkan kita bahawa kita semua sama," ujarnya.

Arena Cahaya menewaskan empat calon lain termasuk saingan terdekatnya nyanyian Lead Dou's (It's Not Crime), Its Just What We Do yang menjadi lagu tema filem Soul Mate.

Filem Ola Bola diarahkan oleh Chiu Keng Guan ditayangkan pada Februari lalu mendapat sambutan menggalakkan dan mencecah kutipan boc-office sebanyak RM16.67 juta.
Tags / Kata Kunci: Ola Bola

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan