Lufya Omar Sah Bergelar Isteri Doktor

Diterbitkan: Sabtu, 26 November 2016 8:55 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pelakon Lufya Omar selamat bergelar isteri kepada jejaka pilihannya yang juga seorang doktor, Che Muhammad Hafiz Che Baharum, 26, dengan sekali lafaz kira-kira pukul 8.30 malam Sabtu.

Majlis pernikahan diadakan di Laman Cinta Nirwana, di sini dengan dihadiri kira-kira 200 tetamu terdiri keluarga kedua-dua pihak dan rakan terdekat pasangan berkenaan.

Pasangan ini dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan iaitu Sheikh Omar Sheikh Abdullah dengan disaksikan Pendaftar Perkahwinan, Perceraian Dan Rujuk, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Hazman Hashim.

Lufya atau nama sebenarnya Lutfyah Sheikh Omar, 31, menerima mas kahwin berjumlah RM2,000 daripada Che Muhammad Hafiz, manakala wang hantaran pula dirahsiakan. 

Pengantin perempuan turut menerima tujuh dulang hantaran dan dibalas dengan sembilan dulang kepada pihak lelaki.

Pasangan mempelai menggayakan busana berwarna krim keemasan rekaan Amir Kadir dan Zeen Bridal. 

Majlis resepsi diadakan sejurus selepas acara akad nikah selesai di lokasi sama.

Pasangan ini mengikat tali pertunangan secara tertutup yang hanya dihadiri keluarga terdekat pada Julai lalu. 

Tags / Kata Kunci: Lufya Omar , Nikah

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan