Wajah Kacukan Beri Tuah Isa Khan Di Pentas Teater

Diterbitkan: Jumaat, 25 November 2016 12:33 AM

Isa Khan bersyukur kerana diberi peluang berlakon teater selepas menyertai Akademi Fantasia 2016 (AF2016). Foto dari Instagram miliknya.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Bekas pelajar Akedemi Fantasia 2016 (AF 2016) iaitu Isa Khan meluahkan rasa syukur kerana diberi peluang memegang satu watak penting dalam menjayakan pementasan teater Putera La Galigo hanya kerana wajah kacukannya Cina – Pakistan.

Isa atau nama sebenarnya Mohammad Fara Aidid Ali Dad Khan, 23, berkata, biarpun dunia teater masih asing baginya, dia bersedia untuk mencabar diri kerana menganggap ia satu peluang yang tidak harus dilepaskan.

"Ketika ditawarkan oleh penerbitnya abang Keno yang wajah kacukan saya sesuai untuk satu watak orang Belanda bernama Ary Verbrugge, saya terus terima dan membuat kajian sendiri apa itu dunia teater.

"Hampir tiga bulan bersama produksi Keno Production di mana lebih seratus orang pelakon terlibat dalam sesi latihan, hari ini saya tidak nafikan jiwa saya sudah mula jatuh cinta  dalam lapangan teater," katanya kepada mStar Online.

Dalam perkembangan sama, kata anak bongsu daripada empat beradik ini lagi, dia amat teruja untuk melakonkan watak Ary Verbrugge yang disifatkan begitu mencabar kemampuan dirinya.

Wajah kacukan bawa tuah buat Isa Khan. Foto dari Instagram miliknya.
"Watak ini tidak banyak berdialog tetapi cabarannya saya perlu banyak menggunakan bahasa tubuh untuk meluahkan emosi dalam nyanyian di mana semua itu amat baru bagi saya,” katanya.

Menyentuh perkembangan dunia nyanyian pula, Isa yang tersingkir pada minggu kedua AF 2016 merancang untuk mengeluarkan sebuah single selepas komitmennya pada persembahan teater selesai.

"Muzik merupakan keghairahan saya yang tidak mungkin saya tinggalkan dan insyaAllah saya akan hasilkan sebuah single selepas ini di mana liriknya merupakan hasil tulisan saya sendiri,” katanya.

Teater Putera La Galigo diarahkan oleh Dr Rosdeen Suboh dan akan dipentaskan selama tiga hari berturut-turut bermula 16 sehingga 18 Disember depan di Stadium Malawati Shah Alam.

Turut menjayakan teater ini termasuklah Amar Asyraf, Tasha Shilla, Raja Azura, Wan Raja dan Ainul Aishah.

Tiket-tiket berharga RM35 dan RM100 boleh ditempah di www.airasiaredtix.com atau hubungi 03-87754666. 
Tags / Kata Kunci: Isa Khan , Putera La Galigo

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan