Harith Iskander Ke Peringkat Separuh Akhir Lawak Dunia

Diterbitkan: Jumaat, 25 November 2016 6:00 AM

Harith Iskander terpilih ke peringkat separuh akhir pertandingan Funniest Person In The World di Helsinki, Finland pada 5 Disember ini. Foto SHAARI CHE MAT

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pelawak dan pengacara, Harith Iskander berjaya mara ke peringkat separuh akhir pertandingan Funniest Person In The World yang akan diadakan di Helsinki, Finland pada 5 Disember depan.

Harith, 49, berkata, dia bakal berentap bersama 20 peserta lain dari seluruh dunia bagi merebut lima tempat di peringkat akhir yang diadakan pada 8 Disember.

"Alhamdulillah atas doa dan sokongan serta undian daripada rakyat Malaysia saya terplilih ke peringkat separuh akhir pertandingan itu.

"Sudah tentu saya berasa gembira kerana ia sebuah pertandingan yang besar dan ini adalah peluang saya membawa nama negara di peringkat dunia," katanya kepada mStar Online.

Harith ditemui pada majlis pengumumannya sebagai hos Anugerah Industri Muzik ke-22 (AIM22) di Hotel Parkroyal di sini, Khamis.

Pengacara program Obviously Harith Iskander itu bakal digandingkan dengan penyanyi Adibah Noor pada malam kemuncak anugerah berprestij itu nanti.

AIM22 bakal berlangsung pada 18 Disember depan di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Pura (PWTC) di sini.

Harith dan Adibah bakal menggalas tanggungjawab sebagai hos AIM22 yang bakal berlangsung pada 18 Disember depan.

Ia turut disiarkan secara langsung menerusi saluran Astro Ria dan Ria HD.

Dalam pada itu, Harith berkata, dia yakin dapat mara ke peringkat akhir walaupun sedar persaingan sengit daripada peserta lain.

Kata Harith, pada peringkat separuh akhir itu nanti dia akan menampilkan persembahan tentang subjek yang dekat di hatinya iaitu Malaysia namun mengetengahkan konteks yang mudah difahami oleh penonton di seluruh dunia.

"Alhamdulillah setakat ini mengikut undian saya berada di tempat kedua selepas Filipina dan markah daripada persembahan itu nanti akan menentukan sama ada saya layak ke final atau pun tidak.

"Dari segi persembahan saya ingin penonton tahu saya dari Malaysia dan subjek yang akan diangkat juga adalah mengenai tentang apa yang dekat dengan di hati saya," katanya.

Sementara itu, Harith berkata, dia mula membuat persediaan untuk pertandingan itu nanti dan berharap dapat mengharumkan nama negara.

"Peringkat separuh akhir dan akhir nanti akan disiarkan secara langsung menerusi online live streaming dan seluruh dunia dapat menonton persembahan saya.

"Sebab itu saya ingin mengangkat subjek tentang perkara dekat dihati saya sebagai rakyat Malaysia agar dapat memperkenalkan negara kepada masyarakat luar," katanya.

Tambah Harith, selesai persembahan pada separuh akhir nanti, penonton dapat membuat undian selama 24 jam sebelum pengumuman lima peserta akhir dibuat.

Pada peringkat pertama seramai 89 calon dari 55 buah negara berentap bagi merebut gelaran juara pertandingan itu yang dibuka pada 1 September hingga 1 Oktober lalu.

Juara bakal membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah USD$100,000 (RM400,000) selain berpeluang mengadakan persembahan jelajah Amerika Syarikat.

Peminat boleh membuat undian di http://bit.ly/VoteForHarith

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan