Mark Adam Tonton Filem P. Ramlee Asah Bakat Berlakon

Diterbitkan: Khamis, 24 November 2016 6:00 AM

Mark Adam gemar menonton filem arahan dan lakonan Seniman Negara, Allahyarham Tan Sri P. Ramlee. Foto SHAARI CHE MAT

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Penyanyi Mark Adam memberitahu dia sering menonton filem-filem lakonan Allahyarham Tan Sri P. Ramlee untuk dijadikan rujukan dalam mengasah bakat lakonannya.

Mark atau Fikri Mark Adam, 37, berkata, dia tertarik dengan lakonan P. Ramlee kerana setiap filem yang dihasilkan bukan sahaja mempunyai elemen drama tetapi komedi dan muzik.

"Saya kenal filem-filem Allahyarham P. Ramlee sudah lama dan saya memang berulang kali menonton kerana tidak pernah jemu.

Mark semakin selesa bergelar pelakon.
"Menerusi filem-filem arahan dan lakonannya saya juga turut mengambil inspirasi kerana terlalu banyak yang boleh saya pelajari daripadanya.

"Ia banyak membantu saya memperbaiki mutu lakonan saya dan beliau adalah idola saya," katanya kepada mStar Online.

Mark ditemui pada majlis tayangan perdana telefilem Oh My English! : Road to Jojga yang diadakan di Pavilion di sini, Rabu.

Drama dua bahagian itu menampilkan barisan pelakon seperti Elfira Loy, Randy Pangalila, Jihan Muse, Johan Raja Lawak, Mark Adam, Roax Tan, Mohd. Zhafir Muzani dan Juzztin.

Ia bakal disiarkan pada 3 Disember (bahagian 1) dan 11 Disember (bahagian 2) pada pukul 9 malam di saluran Astro TVIQ, Astro MAYA dan Astro Prima.

Mark memberitahu filem lakonan P. Ramlee yang paling digemarinya adalah Pendekar Bujang Lapok, Ibu Mertuaku, Bujang Lapok dan Madu Tiga.

Kata Mark, karya berkenaan mempunyai kesitimewaan tersendiri dan Mark mengakui telah berulang kali menonton filem tersebut.

"Pertama kali isteri saya memperkenalkan filem P. Ramlee saya sudah terpesona dan terus menjadi peminatnya.

Barisan pelakon yang menjayakan telefilem Oh My English! : Road to Jogja.

"Karyanya cukup meninggalkan kesan dalam pelbagai cara dan ia kekal relevan untuk ditonton sehingga hari ini," ujarnya.

Sementara itu, Mark berkata, walaupun dia kini dilihat lebih banyak berlakon dia tidak pernah berhasrat meninggalkan bidang muzik kerana itu adalah keutamaannya.

Kata Mark, lakonan adalah sebahagian daripada bidang seni dan menganggap tidak salah sekiranya dia mencuba mencipta nama sebagai pelakon.

"Alhamdulillah rezeki saya dalam bidang lakonan memang cukup murah dan saya anggap ini sebagai rezeki.

"Saya suka berlakon walaupun masih banyak kelemahan yang perlu diperbaiki dan pada masa sama nyanyian adalah keutamaan saya," katanya.

Tags / Kata Kunci: Mark Adam

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan