Jihan Muse Sudah Sedia Bergelar Ibu

Diterbitkan: Khamis, 24 November 2016 1:05 PM

Jihan Muse menyerahkan soal anak kepada rezeki. Foto SHAARI CHE MAT.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pengacara Jihan Muse sudah bersedia untuk bergelar seorang ibu selepas berkahwin dengan pelakon Ungku Hariz Faizal pada Mac lalu.

Jihan atau Nuur Jihan Musa, 33, berkata, antara tujuan berkahwin adalah untuk memiliki cahaya mata namun dalam soal berkenaan dia meletakkan perkara itu sepenuhnya kepada rezeki daripada Allah.

"Apabila saya mengambil keputusan berkahwin bermakna memang saya sudah bersedia untuk memiliki cahaya mata tetapi sebagai manusia kita hanya mampu merancang dan selebihnya ia adalah terletak kepada rezeki yang ditentukan Allah.

"Insya-Allah jika Allah hendak beri rezeki dalam masa terdekat ini Alhamdulillah," katanya kepada mStar Online.

Jihan ditemui pada majlis pra-tonton telefilem Oh My English! : Road to Jogja yang diadakan di Pavilion di sini, Rabu.

Jihan dan Ungku Hariz semakin bahagia melayari rumah tangga. Foto Ihsan Instagram @jihanmuse.

Selain Jihan drama dua bahagian itu turut menampilkan Elfira Loy, Randy Pangalila, Johan Raja Lawak, Mark Adam, Roax Tan, Mohd. Zhafir Muzani dan Juzztin.

Ia bakal disiarkan pada 3 Disember (bahagian 1) dan 11 Disember (bahagian 2) pada pukul 9 malam di tiga saluran Astro iaitu TVIQ, Prima dan MAYA HD.

Dalam pada itu, bercakap mengenai kehidupan berumah tangga, Jihan berkata, dia dan suaminya sangat memahami di antara satu sama lain terutama berkaitan kerjaya masing-masing memandangkan mereka dalam bidang yang sama.

Kata Jihan, walaupun mereka sibuk dengan tugas sebagai anak seni namun sentiasa mencari peluang dan ruang untuk menghabiskan masa bersama-sama dalam mengeratkan lagi hubungan suami-isteri.

"Alhamdulillah kami melayari rumah tangga dengan aman tanpa sebarang masalah kerana kami sudah kenal cukup lama jadi apabila berkahwin masing-masing saling memahami.

Barisan pelakon Oh My English! Road to Jogja.

"Jadual seni kami memang padat tetapi kami memahami dan jika masing-masing tidak terikat dengan kerja kami akan ambil peluang untuk menghabiskan masa bersama atau pun bercuti.

"Pun begitu pembahagian masa itu penting dalam memastikan kerja dan rumah tangga seimbang," ujarnya.

Tambah Jihan, selepas tugasnya berakhir sebagai pengacara program Gegar Vaganza 3 (GV3) yang berbaki dua minggu lagi dia akan mengambil cuti sehingga akhir tahun untuk berehat dan menghabiskan masa bersama keluarga.

Menyentuh mengenai penglibatannya dalam Oh My English! : Road to Jogja, Jihan berkata, dalam telefilem berkenaan dia memainkan tiga peranan sekali gus dan menyifatkan ia mencabar kredibilitinya sebagai pelakon.

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan