Ramai Ingin Jadi Ejen Selepas Tudung Zip Nora Danish Viral

Diterbitkan: Rabu, 23 November 2016 6:00 AM

Salah satu cara pengayaan tudung zip Nora Danish.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Gara-gara viral di laman sosial, tudung zip milik pelakon Nora Danish menerima permintaan dan tawaran tinggi sehingga ada pihak mahu menjadi ejen biarpun koleksi tersebut masih belum dilancarkan kepada umum.

Nora atau nama sebenarnya Nora Danish Mohd Hanif, 34, berkata, koleksi yang diberi nama Owl Princess Jasmine Ezip Instant Shawl ini akan memasuki pasaran dalam masa terdekat dengan harga RM69.

"Alhamdulillah, Nora baru sahaja selesai sesi fotografi untuk tudung ini dan sejak viral beberapa hari lalu memang ramai yang sudah bertanya dan berminat untuk jadi ejen dan stokis Owlbynd.

"Insya-Allah koleksi unik ini akan dikeluarkan paling awal ialah pada penghujung bulan ini," ujarnya kepada mStar Online.

Nora diminta untuk mengulas tentang isu koleksi tudung terbaharunya yang menjadi viral di blog-blog hiburan kerana menggunakan zip.

Dalam pada itu, menjelaskan idea tudung berkenaan secara terperinci, Nora berkata, ia dihasilkan untuk pengguna yang sukakan kelainan.

"Idea tudung ini timbul bagi menggantikan zip dengan jahitan tepi bagi mendapatkan kesan alunan atau berombak apabila digayakan.

"Ia boleh digunakan dengan dua cara, cuma cara kedua yang menjadi viral kerana saya berseloroh dengan mengzipkan muka secara penuh. Bagaimanapun, seperti shawl lain ia bergantung kepada kreativiti pengguna.

Nora berkata untuk keterangan lanjut tentang tudung berkenaan boleh mendapatkan maklumat di laman Instagram @owlbynd.


 
Tags / Kata Kunci: Tudung Zip , Nora Danish

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan