Wartawan Kesal, Terkejut Peserta GV3 Tukar Lagu Diberikan Media

Diterbitkan: Selasa, 22 November 2016 3:01 PM

Gegar Vaganza 3 pada Ahad lalu menyaksikan Zur Eda (dua dari kiri) tersingkir manakala Gmie (Screen - dua dari kanan) mendapat imuniti ke peringkat separuh akhir minggu hadapan.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Tuduhan netizen kononnya pihak media memberi laluan mudah dengan memilih lagu tertentu kepada segelintir peserta Gegar Vaganza 3 (GV3) yang akan bertanding peringkat separuh akhir Ahad ini adalah tidak benar sama sekali.

Pihak media yang terlibat dalam sesi pemilihan lagu bagi tujuan itu turut terkejut apabila terdapat perubahan lagu-lagu yang disenaraikan ketika ia diumumkan pada konsert suku akhir Ahad lalu.

Nora Ariffin.
Siti Sarah akan menyanyikan lagu pilihannya iaitu Bunga-Bunga Cinta (nyanyian asal Misha Omar) dan Nora Ariffin pula memilih lagu sendiri iaitu Sandiwara.

Namun, Zarul memberi alasan yang boleh diterima apabila senarai lagu diberikan kepadanya pernah dinyanyikan dia sebelum ini.

Menjelaskan perkara itu, wartawan Berita Harian, Farihad Shalla Mahmud berkata, pihak media pada sesi berkenaan telah bersepakat untuk memberikan lagu All I Ask nyanyian Adele kepada Nora tetapi sebaliknya penyanyi itu memilih lagu Sandiwara.

Katanya, akibat keputusan Nora itu, netizen mula memandang rendah kononnya wartawan mahu berkomplot untuk memberi laluan mudah kepada penyanyi tersebut.

"Disebabkan minggu depan adalah segmen Lagu Pilihan Media, maka ramai netizen yang mula menyalahkan media kerana seolah-olah kami memilih lagu mudah untuk dinyanyikan Nora.

"Kami sendiri terkejut apabila lagu itu ditukar kepada lagu Sandiwara yang mana ia lagu Nora sendiri," ujarnya kepada mStar Online.

Penolong Pengarang Hiburan Utusan Malaysia, Khadijah Ibrahim berkata, setiap lagu yang dipilih oleh wakil media berdasarkan kesesuaian dan kemampuan peserta yang bertanding.

Zarul Husin (Umbrella).

Katanya, penel diberi peluang memilih tiga buah lagu kepada peserta mengikut kebolehan mereka sebagai seorang penyanyi professional.

Daripada tiga lagu itu katanya, terpulanglah kepada peserta untuk memilih lagu manakah yang ingin dinyanyikan.

"Lagu-lagu yang kami pilih mengikut karekter setiap penyanyi tersebut dan mereka semua ialah penyanyi professional. Seharusnya menerima cabaran itu.

"Pemilihan itu juga bukan secara membuta tuli, sebaliknya perbincangan dan undian yang dilakukan antara kami termasuk pihak produksi," ujarnya.

Sementara itu, wartawan Metro Ahad, Rudy Imran Shamsuddin, berkata, lagu-lagu yang dipilih adalah untuk melihat sejauh mana kreativiti seseorang peserta itu mempersembahkan karya berkenaan.

Katanya, pemilihan itu juga mengambil kira kegemaran penonton yang menyaksikan pertandingan tersebut.

"Kita pilih sesebuah lagu itu selepas melihat daripada pelbagai sudut. Bukan pilihan kami semata-mata, malah lagu itu mestilah yang boleh membuatkan penonton turut menyanyi bersama.

Siti Sarah.

"Saya terkejut apabila ada beberapa artis yang menukar lagu dengan alasan tidak bersesuaian dengan suara mereka.

"Lagu yang diberikan  perlu dinyanyikan mengikut kemampuan dan kita ingin melihat bagaimana ia dipersembahkan dengan cara yang kreatif," ujarnya.

Sementara itu, Editor Hiburan Sinar Harian, Haslina Kamaludin menganggap artis yang menukar lagu pilihan media sebagai tidak berani menerima cabaran.

Katanya, mereka hanya selesa untuk berada pada zon yang mereka mahukan sebagai seorang penyanyi.

"Ini adalah pertandingan Gegar Vaganza yang mana penonton ingin menonoton penyanyi itu menyahut cabaran menyanyikan lagu orang lain.

"Kalau mereka menukar lagu dan menyanyikan lagu yang mereka pilih, ia bermakna mereka tidak sedia untuk dicabar," ujarnya.

Kira-kira 15 wartawan hiburan terlibat dalam sesi pemilihan lagu yang diadakan bulan lalu termasuklah pihak akhbar, media dalam talian, penulis blog serta wakil dalaman Astro.

Proses berkenaan berlangsung dalam bentuk perbincangan dan undian selain sesi perkongsian pendapat kenapakah seseorang artis itu diberikan tugas untuk menyanyikan lagu dipilih. 

Tags / Kata Kunci: Nora Ariffin , Siti Sarah , Gegar Vaganza , GV3

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan