Nam Ron Jual Rendang, Pulut Kuning Sara Keluarga

Diterbitkan: Isnin, 21 November 2016 5:40 AM

Lakonan Nam Ron dalam filem Redha membuah hasil apabila menerima trofi Pelakon Lelaki Terbaik (Filem), Anugerah Skrin 2016.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pemenang trofi Pelakon Lelaki Terbaik (Filem) Anugerah Skrin 2016 (ASK2016) iaitu Nam Ron memberitahu dia kini berjinak-jinak dalam perniagaan menjual pulut kuning kerana tidak lagi bergantung harap kepada tawaran berlakon.

Nam Ron Nam Ron atau Shahili Abdan, 46, berkata, menerusi bisnes berkenaan dia dapat menambah pendapatan untuk menyara keluarga selain melunaskan bil bulanan.

"Saya tidak boleh lagi bergantung harap kepada lakonan semata-mata untuk menyara keluarga kerana tawaran berlakon pun sudah kurang sekarang.

"Jadi sebab itu saya mulakan perniagaan menjual pulut kuning dan rendang kerana sekurang-kurangnya ia membantu saya menambah pendapatan dan hasil jualan dapat digunakan menyara keluarga dan menjelaskan bil bulanan.

"Alhamdulillah setakat ini sambutan diterima terhadap pulut kuning dan rendang yang saya jual cukup baik," katanya kepada mStar Online.

Dalam pada itu, Nam Ron berkata, selain bisnes pulut kuning, dia juga kini lebih banyak terlibat dengan kerja-kerja belakang tabir.

Kata Nam Ron, dia terlibat dalam pembikinan filem berjudul One Two Jaga terbitan syarikat produksi Pixel Play yang dimiliki oleh pelakon Bront Palarae.

"Walaupun tiada tawaran berlakon itu bukan bererti saya tidak duduk diam tanpa berbuat apa-apa sebaliknya sekarang banyak melakukan kerja-kerja belakang tabir.

"Terbaharu saya bersama Bront sedang sibuk dengan filem One Two Jaga yang kini masih dalam proses penggambaran dan dijangka akan dilancarkan pada tahun hadapan," katanya.

Sementara itu, bercakap mengenai kemenangannya di ASK2016 menerusi filem Redha, Nam Ron berharap ia dapat menjadi tarikan apabila nashkah itu dijangka dilancarkan semula di pawagam dalam masa terdekat ini.

"Masih ramai yang belum berkesempatan menonton filem ini dan saya diberitahu ia akan dilancarkan semula di pawagam dalam masa terdekat ini.

"Ia sebuah filem yang cukup bagus dan telah memenangi pelbagai pengiktirafan di luar negara dan berharap kemenangan saya ini juga dapat memberi tambah nilai dalam menarik penonton ke pawagam nanti," katanya.

Tags / Kata Kunci: Nam Ron , ASK2016 , Redha

iklan

Video

Isnin, 24 Julai 2017 12:03 PM

Lantaklah! Ahya Memang Suka Tayang Badan

Isnin, 24 Julai 2017 9:00 AM

#BiziBody: Risteena Dah Nak Kahwin?

Jumaat, 21 Julai 2017 3:00 PM

Nadzmi Adhwa Bolot Semua 'Job'

Jumaat, 21 Julai 2017 11:09 AM

Lagak Lelaki Ini Seperti…

Jumaat, 21 Julai 2017 9:00 AM

#akuStar: iR Radzi - Cinta Terakhir

Khamis, 20 Julai 2017 3:30 PM

Luahan Ezlynn Beraya Tanpa Zuriat

Khamis, 20 Julai 2017 12:30 PM

Diana Muntah, Mabuk Teruk - Zamarul

Kolumnis

iklan

Iklan