Adira Sahkan Bakal Timang Bayi Perempuan

Diterbitkan: Isnin, 21 November 2016 5:50 AM

Adira dan suaminya, Datuk Seri Adenan Abu bakal menimang cahaya mata perempuan. Foto Ihsan Instagram @adira.suhaimi

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Penyanyi Adira yang kini hamil enam bulan mengesahkan bakal menimang bayi perempuan selepas melakukan ujian ultra bunyi baru-baru ini.

Adira atau Siti Adira Suhaimi, 25, berkata, dia dan suaminya, Datuk Seri Adenan Abu tidak kisah dengan jantina anak mereka kerana yang paling penting kandungan Adira berada dalam keadaan sihat tanpa sebarang masalah.

"Jujurnya saya dan suami tidak kisah sama ada lelaki atau perempuan kerana paling penting saya dan bayi dalam kandungan sihat sehingga dia dilahirkan nanti.

"Insya-Allah, menurut doktor saya dijangka bersalin pada Mac tahun hadapan," katanya kepada mStar Online.

Adira ditemui di majlis pelancaran syarikat Misi Viral Sdn Bhd 'The Viral Expert' di Prima Gombak, di sini, pada Sabtu lalu.

Misi Viral merupakan medium bagi usahawan tempatan mempromosikan produk mereka secara atas talian dan sehingga kini mereka telah mempunyai 300 pelanggan sejak empat bulan ditubuhkan.

Adira.
Bercakap lanjut mengenai kehamilannya, Adira berkata, sejak akhir-akhir ini dia sering mengidam untuk menikmati masakan kari daripada restoran mamak.

Jelas Adira, keinginan tersebut datang tanpa mengira waktu dan akan sedaya upaya mendapatkan hidangan tersebut jika mengidam.

"Pada awal kehamilan dahulu saya seperti wanita lain mengalami 'morning sickness' (alahan hamil) sehingga pernah hampir tertidur di dalam bilik air akibat kehilangan tenaga.

"Tetapi apabila usia kandungan mencecah enam bulan saya tidak mengalami alahan tetapi sering mengidam hendak makan kari mamak sampai kadang-kadang tidak mengira waktu.

"Nasib baik restoran mamak banyak jadi tidak susah untuk mencari makanan tersebut," ujarnya.

Sementara itu, Adira berkata, sejak mengandung juga dia mempunyai hobi baharu iaitu berkebun dan membela ikan di kolam halaman rumahnya.

"Bila dikenang kembali lucu juga sebab saya pernah telefon suami dan memintanya membeli cangkul sehingga dia kehairanan namun apabila dijelaskan saya hendak berkebun baharulah dia faham.

"Antara tanaman yang saya tanam ialah kacang botol, kangkung dan kobis, Alhamdulillah semuanya hihup subur dan mengingatkan suasana kampung saya di Kundasang, Sabah," katanya.

Dalam perkembangan lain, Adira berkata, dia kini masih dalam rangka promosi singel terbaharunya, Ku Mahu Pulang ciptaan sepenuhnya oleh Zul (2by2).

Selain itu, Adira berkata, dia juga baharu sahaja selesai merakamkan lagu runut bunyi filem Soulmate bersama Taufiq Batisah dengan judul sama.
Tags / Kata Kunci: Adira , Datuk Seri Adenan Abu

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan