Iesya Toh Ambil Masa Tujuh Hari Pilih Nama Anak - Berita Hiburan | mStar

Iesya Toh Ambil Masa Tujuh Hari Pilih Nama Anak

Diterbitkan: Ahad, 20 November 2016 12:01 AM

Iesya Toh.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Personaliti RTM iaitu Iesya Toh mengambil masa tujuh hari sebelum menamakan bayinya yang dilahirkan pada pukul 1.46 pagi Sabtu.

Iesya atau nama sebenarnya Nor Iesyatirradiah Sanny Toh, 33, berkata, beberapa nama sudah disediakan untuk bayi lelakinya itu dan akan dipilih dalam tempoh berkenaan.

“Alhamdulillah… suami sudah ada beberapa nama untuk anak kami dan sekarang dalam proses nak pilih yang mana satu. Insya-Allah dalam masa tujuh hari,” katanya kepada mStar Online.

Inilah bayi dilahirkan Iesya yang masih belum diberi nama.

Iesya selamat melahirkan bayi sulungnya itu secara normal seberat 2.92 kilogram di sebuah pusat perubatan swasta di Shah Alam dekat sini.

Katanya, pengalaman melahirkan bayi bukan mudah dan amat menyakitkan namun ia satu pengalaman berharga bagi seseorang untuk bergelar ibu.

Malah kata Iesya, dia tidak mengambil apa-apa suntikan atau epidural bagi menghilangkan rasa sakit kerana mahu merasai pengalaman melahirkan bayi secara normal.

Iesya sebelum ini mengakui tidak mengalami sebarang alahan malah masih aktif bekerja biarpun usia kandungan ketika itu sudah memasuki tujuh bulan.

Iesya dan suami yang juga seorang ahli perniagaan, Huzairee Muhamad, 36, berkahwin pada 29 Mei 2015 di Angkasapuri dekat sini.

Perkahwinan itu mendapat perhatian ramai kerana dia memperoleh tajaan pelbagai pihak berjumlah RM5 juta.

Tags / Kata Kunci: Iesya Toh
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan