Gmie (Screen) Bernasib Baik Dapat Imuniti Ke Separuh Akhir GV3 - Berita Hiburan | mStar

Gmie (Screen) Bernasib Baik Dapat Imuniti Ke Separuh Akhir GV3

Diterbitkan: Ahad, 20 November 2016 11:48 PM

Gmie (kanan) terkejut diumumkan layak ke separuh akhir Gegar Vaganza 3 selepas memperoleh imuniti daripada Datuk Seri Vida.

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Penyanyi Gmie (Screen) bernasib baik selepas mendapat imuniti ‘Pamoga Qu Puteh’ daripada penaja Gegar Vaganza 3 (GV3) iaitu Datuk Seri Vida untuk melayakkan dia ke pentas separuh akhir pertandingan itu Ahad depan.

Pengumuman itu dilakukan oleh Vida sejurus dua perserta diumumkan terkeluar pada mingu keenam kali ini iaitu Gmie dan Zur Eda.

Pada konsert kali ini, Gmie menyampikan lagu Titian Perjalanan nyanyian asal oleh XPDC manakala Zur Eda mempersembahkan lagu berentak dangdut nyanyian Amelina berjudul Ah Rindu Lagi.

Seperti dua musim terdahulu, GV3 menampilkan Datuk Ramli MS dan Datuk Khadijah Ibrahim sebagai juri tetap manakala pengarah popular Mamat Khalid, tampil sebagai juri jemputan.

Zur Eda (dua dari kiri) akhirnya terpaksa meninggalkan Gegar Vaganza 3.
Kesemua peserta diadili 100 peratus menerusi pemarkahan daripada barisan juri.

Sementara itu, Nora dipilih sebagai pemenang Persembahan Pentas Paling Menyengat.

Ia adalah kemenangan pertamanya menerusi lagu Bring Me To Life (Evanescence).

Selain Gmie, peringkat separuh akhir akan menyaksikan Ameng, Siti Sarah, Azharina, Zarul, Nora Ariffin dan Intan Sarafina.

GV3  dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Jihan Muse yang turut disiarkan secara langsung menerusi Astro Ria (104) dan Ria HD (123) dari Auditorium, Majlis Bandaraya Shah Alam, Selangor.
Tags / Kata Kunci: Gegar Vaganza , Gmie
   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan