Fazlina Ahmad Daud Tak Sedar Dicalonkan Dalam ASK2016

Diterbitkan: Ahad, 20 November 2016 5:50 AM

Fazlina Ahmad Daud bersama trofi kemenangannya menerusi kategori Pelakon Pembantu Wanita Terbaik (Drama), Anugerah Skrin 2016.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pelakon Fazlina Ahmad Daud tidak menyangka selepas 20 tahun berkecimpung dalam bidang seni akhirnya dia merasai pengalaman memenangi trofi Pelakon Pembantu Wanita Terbaik (Drama) menerusi lakonannya dalam Cermin Kasih di Anugerah Skirn 2016 Jumaat lalu.

Fazlina, 41, berkata, sebelum ini dia hanya dapat melihat kakaknya, aktres Fauziah Ahmad Daud menggondol pelbagai trofi berprestij dan sentiasa memasang impian untuk menjadi seperti wanita itu.

"Selama 20 tahun saya berkecimpung sebagai pelakon saya hanya berpeluang melihat kakak saya memenangi daripada satu anugerah ke anugerah yang lain dan saya ingin menjadi sepertinya.

"Alhamdulillah akhirnya dapat juga saya merasai pengalaman itu walaupun tidak dapat berkongsi rasa bangga ini dengan Allahyarham kedua-dua ibu bapa saya," katanya kepada mStar Online.

Tambah manis kata Fazlina, pada malam itu juga Fauziah atau Ogy turut diumumkan sebagai pemenang Pelakon Pembantu Wanita Terbaik (Filem) menerusi Langit Cinta walaupun wanita itu tidak dapat menghadirkan diri.

"Alangkah bagusnya jika Kak Ogy juga berada di sini tetapi malangnya dia tidak berapa sihat walaupun sudah bersiap-siap untuk hadir.

"Saya bangga dengannya kerana Kak Ogy adalah sumber inspirasi saya dan beliau adalah mentor yang menjadikan siapa saya pada hari ini," katanya.

Bercakap lanjut mengenai kemenangannya, Fazlina berkata, dia sebenarnya tidak mengetahui namanya dicalonkan dalam kategori berkenaan dan terkejut apabila melihat senarai lima terbaik yang diumumkan pada malam itu.

Kata Fazlina, dia tidak menyangka akan memenangi trofi berkenaan kerana menyifatkan semua calon akhir yang bertanding mempunyai kelebihan dan kehebatan tersendiri.

"Jujur saya katakan kehadiran saya dalam industri ini adalah kerana minat dan bukannya untuk memenangi anugerah.

"Bagaimanapun Alhamdulillah tahun ini adalah rezeki saya. Saya sendiri memang tidak menyangka akan menang malah tidak mengetahui nama saya tercalon," jelasnya.

Dalam perkembangan lain, Fazlina berkata, dia kini sedang sibuk di lokasi drama bersiri Lara Cinta Aminah arahan Suhaimi Lua yang memperlihatkan dia kembali membawakan watak antagonis.

Tags / Kata Kunci: Fazlina Ahmad Daud , ASK2016 , Cermin Kasih

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan