'Ultimatum Zombi' Filem Komedi Seram Terakhir Mamat Khalid

Diterbitkan: Sabtu, 19 November 2016 6:00 AM

Mamat Khalid akan kembali mengarahkan filem seram komedi selepas mendapat permintaan daripada penonton.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pengarah filem Mamat Khalid akan menghasilkan filem komedi seram buat kali terakhir berjudul Ultimatum Zombi sebagai memenuhi permintaan peminat.

Mamat atau Mohamad Mohamad Khalid, 53, berkata, dia sebenarnya sudah tidak mahu menghasilkan karya genre itu namun penyebaran WhatsApp kononnya dia sedang mencari pelakon tambahan untuk berlakon sebagai zombi mengubah keputusannya.

"Saya terkejut apabila ramai bertanya saya tentang uji bakat berkenaan kerana tidak mengetahui apa-apa mengenainya dan ramai kecewa.

"Mereka juga minta saya hasilkan filem seram komedi dan penyebaran mesej itu membuka hati saya untuk hasilkan Ultimatum Zombi sebagai memenuhi permintaan peminat," katanya kepada mStar Online.

Kata Mamat, filem itu ialah kesinambungan daripada filem Zombi Kampung Pisang dan Zombi Kilang Biskut.

Dalam pada itu, Mamat berkata, dia juga bercadang untuk mengekalkan barisan pelakon asal dalam karya terbaharunya itu seperti Awie, Datuk AC Mizal, Que Haidar, Ezlynn, Man Kadir dan Sofi Jikan.

Filem Rock Bro arahan Mamat Khalid berjaya kutip RM5 juta setakat ini.

Katanya lagi, penggambaran filem itu dijangka diadakan pada tahun hadapan dan dia kini sedang mengemas kini skrip.

"Perbezaan kali ini adalah zombi yang ditampilkan lebih serius dalam memberi impak berbeza walaupun ia filem komedi seram.

"Saya sedang memperkemaskan skrip yang ditulis selain berharap pelakon asal dapat disatukan semula," ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Mamat teruja apabila Rock Bro kini berjaya mendapat kutipan RM5 juta dan menyasarkan RM6 juta sebelum ia tamat ditayangkan di pawagam.

Katanya, dia berharap kutipan itu dapat menjadi pulangan kepada pihak penerbit dalam menghasilkan lebih banyak filem pada masa hadapan.

"Penerimaan baik terhadap Rock Bro diharap dapat memberi semangat lagi kepada pihak penerbit untuk menghasilkan lebih banyak filem.

"Saya sasarkan RM6 juta sebelum ia tamat ditayangkan dan ia akan menjadi penutup yang baik untuk trilogi Rock," katanya.

Tags / Kata Kunci: Mamat Khalid , Ultimatum Zombi

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan