Farid Kamil Muhasabah Diri Isu Rumah Tangga Goyah

Diterbitkan: Sabtu, 19 November 2016 11:53 AM

Farid Kamil menyifatkan isu yang berlaku berhubung rumah tangganya dengan Diana Danielle menambah lagi kemanisan dalam hubungan mereka suami-isteri. Foto MOHD AL QAYUM AZIZI

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Pelakon Farid Kamil tidak melihat tindakan isterinya, Diana Danielle ke mahkamah bagi mendapatkan khidmat nasihat berhubung isu rumah tangga mereka yang dikatakan goyah sebagai perkara negatif.

Farid, 33, sebaliknya berkata, perkara itu sebenarnya telah membuatkan dia bermuhasabah diri dan bertanya kepada dirinya sendiri tentang kesilapan yang berlaku dalam perkahwinan mereka.

"Pada saya ia bukan sesuatu yang negatif apabila Diana pergi mendapatkan rujukan di mahkamah kerana di situlah tempat kita boleh mendapatkan maklumat mengenai perkahwinan.

Pasangan ini kelihatan romantis ketika hadir ke Anugerah Skrin 2016 pada malam Jumaat.
"Malah di mahkamah juga ada pakar dalam bidang agama untuk mendapatkan rujukan dan nasihat, bukan semata-mata tempat membuat keputusan.

"Apabila perkara ini terjadi saya bermuhasabah diri dan bertanya kepada diri sendiri apakah kesilapan yang sudah terjadi," katanya kepada mStar Online.

Farid ditemui ketika menghadiri Anugerah Skrin 2016 yang diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya di sini, malam Jumaat.

Sebelum ini, mengakui perkahwinannya dengan Farid goyah namun aktres jelita itu tidak mendedahkan punca sebenar kepada keretakan itu.

Pasangan itu berkahwin pada 3 November 2012 dan mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Muhammad, 3 dan Nur Aurora yang kini berusia setahun.

Dalam pada itu, Farid berkata, kejadian tersebut meninggalkan hikmah tersendiri dan melihat ia sebagai ruang untuk mengenali pasangan masing-masig dengan lebih mendalam.

Tegas Farid, keadaan rumah tangga mereka kini kembali pulih malah menyifatkan isu yang timbul itu telah membangkitkan kembali kemanisan dalam hubungan mereka suami-isteri.

"Kami masih gembira dengan perkahwinan kami malah ia menambah lagi kemanisan dalam hubungan kami suami-isteri.

"Apa yang terjadi adalah satu momen yang perlu dilalui dalam mengenali pasangan kita dengan lebih baik lagi," ujarnya.
Tags / Kata Kunci: Farid Kamil , Diana Danielle , ASK2016

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan