Tiada Dialog Kasar Dalam 'BoBoiBoy Galaksi' Musim Baharu

Diterbitkan: Khamis, 17 November 2016 6:00 AM

BoBoiBoy Galaksi edisi terbaharu lebih mementingkan penggunaan bahasa agar tidak mempengaruhi minda kanak-kanak. FOTO: RICKY LAI.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Drama animasi popular BoBoiBoy Galaksi musim baharu lebih mengutamakan nilai persahabatan selain tiada dialog kasar yang boleh mempengaruhi minda kanak-kanak.

Ketua Pegawai Eksekutif Animonsta, Mohd Nizam Abdul Razak, berkata, pemantauan teliti dilakukan pada setiap dialog dalam setiap watak agar tidak terlepas perkataan yang memberi mesej negatif.

"Saya akan baca dan pantau beberapa kali dialog yang digunakan supaya tiada satu pun yang memberi maksud tidak baik dan kasar kepada penonton khususnya kanak-kanak.

"Ia pernah terjadi pada musim sebelum ini apabila kami terlepas perkataan "tidak guna" dan ia menjadi ikutan kanak-kanak. Kami juga mendapat maklum balas daripada pihak ibu bapa yang tidak senang dengan perkara itu.

"Jadi, saya terpaksa menyunting semula dan membuang semua perkataan tersebut pada episod-episod yang belum ditayangkan ketika itu," ujarnya kepada mStar Online.

Pengurus Besar Kumpulan Pengurusan Jenama dan Rancangan TV3 & TV9, Sherina Nordin (kiri) bersama Mohd. Nizam Abdul Razak.

Mohd Nizam ditemui pada majlis pelancaran siri animasi BoBoiBoy Galaxy yang diadakan di GSC Pavilion, Rabu.

Selain itu, Nizam berkata, tiada juga adegan bersentuhan antara lelaki dan perempuan serta elemen percintaan dalam animasi popular itu.

"Kami hanya mahu menerapkan nilai persahabatan sahaja dan tidak ada elemen drama atau bersentuhan," ujarnya.

Sementara itu, Nizam berkata, dia turut menggunakan judul baharu BoBoiBoy Galaxy bagi penjenamaan semula siri berkenaan.

Katanya, perkara tersebut dilakukan bagi memudahkan siri animasi itu dijual di luar negara.

"Kita menjenamakan semula siri ini dengan menampilkan imej baru yang lebih besar dan menarik.

"Ia dilakukan selepas mendapat maklum balas sebelum ini daripada negara-negara luar yang menganggap imej tersebut terlalu kecil dan tidak sesuai dengan kanak-kanak berusia 10 tahun," ujarnya.

Sementara itu, Nizam berkata, mereka turut memilih kumpulan Bunkface bagi menyanyikan lagu tema animasi tersebut berjudul Dunia Baru.

BoBoiBoy Galaxy bakal bersiaran setiap Jumaat bermula 25 November ini, pukul 5 petang di TV3.

Tags / Kata Kunci: BoBoiBoy

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Kolumnis

iklan

Iklan