Amerul Affendi Akur Dipinggirkan Stesen TV Kerana Tidak Kacak

Diterbitkan: Khamis, 17 November 2016 6:00 AM

Amerul akur kurang kriteria untuk bintangi drama.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pelakon Amerul Affendi berasa kecewa apabila namanya sering digugurkan oleh sebuah stesen televisyen jika dicadangkan untuk terlibat dalam drama yang akan disiarkan stesen tersebut.

Bagaimanapun, Amerul atau nama sebenarnya Mohd Amerul Affendi Mohd Mawardi, 30, berkata, dia akur kerana tidak mempunyai kriteria yang diperlukan oleh stesen televisyen berkenaan.

"Nama saya sudah beberapa kali tidak lepas iaitu sejak tahun 2009 daripada terlibat dalam beberapa drama terbitan TV3 atau TV9, walaupun sebelum ini saya pernah bekerjasama dengan Grand Brilliance untuk filem Pekak.

Amerul menulis status di twitter miliknya pada 6 November lalu.

"Namun, saya anggap tiada rezeki kerana saya sedar tidak mempunyai kriteria yang mereka inginkan selain dia tidak kacak dan tiada pengikut yang ramai di laman sosial," ujarnya kepada mStar Online.

Amerul diminta mengulas tentang luahan perasaanya di laman sosial Twitter yang kesal apabila diberitahu namanya terpaksa digantikan dengan pelakon lain.

Amerul Affendi.

Kata pelakon filem Polis Evo ini, dia juga rasa bersalah terhadap pengarah Heykal Hanifah yang sudah beberapa kali memberi tawaran kepadanya.

"Saya kasihankan sutradara itu kerana sudah lama inginkan saya berlakon dalam drama arahannya, tidak apalah, mungkin rezeki saya tiada di situ," ujarnya.

Dalam pada itu, ditanya pendapat dia tentang kepentingan media sosial, Amerul berkata, ia sudah menjadi trend stesen televisyen untuk mencari artis yang mempunyai pengikut ramai.

Katanya, ia bagus dan membantu sesebuah drama mendapat perhatian penonton.

Bagaimanapun tambahnya, ia menjadi tidak adil bagi pelakon lain yang lebih mengutamakan kualiti dan bakat berbanding bilangan pengikut laman sosial.

"Bagus ada pengikut ramai dan membantu sesebuah drama itu untuk mendapat sambutan, tetapi ia akan jadi kacau jika mereka tidak lagi mementingkan kualiti dan bakat," ujarnya.

Tags / Kata Kunci: Amerul Affendi

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Kolumnis

iklan

Iklan