Pelakon Watak 'Black' Dalam 'Rock' Hidap Meningitis & Angin Ahmar

Diterbitkan: Rabu, 16 November 2016 1:47 PM

Azmi yang popular menerusi watak Black dalam filem Rock arahan Mamat Khalid menghidap penyakit meningitis.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pelakon yang popular menerusi watak Black dalam filem trilogi Rock arahan Mamat Khalid iaitu Norazmi Bahron memberitahu dia menderita penyakit meningitis (radang selaput otak).

Azmi, 40, berkata, dia mengetahui perkara itu selepas pengsan pada Jun lalu sebelum mengalami angin ahmar yang menyebabkan bahagian kanan badannya lumpuh.

"Sebelum itu saya demam dan pergi ke hospital tetapi doktor kata tiada yang serius tetapi kali ketiga saya pergi saya tiba-tiba pengsan di tepi jalan ketika pulang selepas mendapatkan rawatan.

"Selepas membuat ujian barulah doktor mengesahkan saya mengalami meningitis dan strok sebelah badan akibat serangan itu," katanya kepada mStar Online.

Bagaimanapun kata Azmi, lumpuh yang dialami tersebut pulih secara beransur-ansur dalam masa dua minggu namun masih memberi kesan kepada kelancaran percakapan dan gengaman.

Kata Azmi lagi, penyakit berkenaan tidak mempunyai ubat khusus dan ia boleh menyerangnya tanpa memberi sebarang amaran.

"Saya sekarang seperti bom jangka yang tidak tahu bila akan meletup tetapi saya harus kuatkan semangat untuk melawan penyakit ini.

"Sekarang saya bergantung kepada ubat antibiotik untuk mengelak penyakit itu menyerang saya," ujarnya.

Sementara itu, Azmi berkata, akibat penyakitnya itu dia terpaksa memperlahankan aktiviti lakonan dan pengarahannya memandangkan pergerakannya terbatas.

Malah kata Azmi, dia turut bersyukur apabila rakan-rakan pelakon filem Rock banyak memberi semangat dan perhatian kepadanya.

"Apabila kawan-kawan mendapat tahu keadaan saya mereka banyak membantu malah Suffi Jikan turut bermurah hati menderma wang hasil jualan minyak wangi keluarannya untuk meringankan beban saya.

"Saya masih aktif sebagai pelakon dan pengarah namun terpaksa memperlahankan karier kerana bimbang penyakit ini akan menyerang kembali," ujarnya.

Tags / Kata Kunci: Azmi Bahron , Rock , Suffi Jikan

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan