Terima Surat Tarik Diri, AIM22 Gugurkan 'Hidup Dalam Mati'

Diterbitkan: Selasa, 15 November 2016 8:53 PM

Syamel.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Selepas tidak dipertandingkan dalam Separuh Akhir Muzik-Muzik 31 pada Jumaat lalu, lagu Hidup Dalam Mati nyanyian Syamel turut digugurkan dalam Anugerah Industri Muzik ke-22 (AIM22).

Pengerusi Jawatankuasa Penganjur AIM22, Rosmin Hashim berkata, keputusan itu dibuat selepas pihaknya menerima surat daripada DD Music selaku penerbit lagu itu yang enggan mempertandingkan karya berkenaan.

Rosmin Hashim.

"Saya ingin memaklumkan bahawa pencalonan lagu Hidup Dalam Mati dalam kategori Lagu Pop Terbaik AIM22 telah ditarik balik oleh pihak pengurusan Syamel atas isu yang sama.

"Surat penarikan lagu tersebut dihantar hari ini (Selasa) oleh pihak pengurusan penyanyi tersebut," ujarnya kepada mStar Online.

SILA KLIK: Ayai (Ilusi) Dedah Lagu 'Hidup Dalam Mati' Karya Ciplak Syamel

Bagaimanapun, Rosmin berkata, kedudukan Syamel dalam kategori lain iaitu Persembahan Vokal Terbaik Dalam Lagu (Lelaki) dan Artis Baru Terbaik tidak terjejas.

Isu lagu Hidup Dalam Mati menjadi kontroversi selepas ia dikatakan diciplak oleh Syamel selepas pemilik asalnya Ayai (Ilusi) mendedahkan karya tersebut miliknya yang pernah dinyanyikan oleh peserta Kilauan Emas musm ketiga iaitu Idris berjudul Ku Kejar Bayang Mu.

Sementara itu, tambah Rosmin kekosongan tersebut tidak digantikan dengan mana-mana lagu lain.

"Syamel masih bertanding dalam dua kategori lain kerana isu itu tidak melanggar sebarang kriteria atau syarat kelayakan dalam kategori berkenaan," ujarnya.

AIM22 bakal diadakan pada 18 Disember depan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur.

Tags / Kata Kunci: Syamel , AIM

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan