Amy Mastura Tidak Terlalu Dedah Hal Keluarga Kepada Umum

Diterbitkan: Selasa, 15 November 2016 5:30 AM

Amy Mastura

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Penyanyi Amy Mastura lebih senang mengambil pendekatan untuk tidak terlalu mendedahkan privasi keluarganya kepada umum yang merupakan antara petua  mengapa dia berjaya mengekalkan kebahagiaan rumah tangga.

Kata Amy, 45, atas sebab itu, setiap kali ingin memuat naik gambar keluarga terutamanya melibatkan anak-anak, dia akan meminta izin mereka terlebih dahulu.

”Setiap kali saya memuat naik gambar, kawan-kawan sekolah anak-anak saya yang mengikuti Instgram saya sering beri komen dan sebagai ibu sudah pasti saya tidak mahu membuatkan anak-anak berasa tidak selesa dengan komen yang ditinggalkan,” katanya kepada mStar Online.

Amy berkahwin dengan Alvin Tham Sufian pada tahun 2000 dan dikurniakan dua cahaya mata perempuan iaitu Adriana, 15, dan Adalia, 12.

Dia ditemui ketika menjayakan persembahan pada majlis pelancaran produk kecantikan Nyra Skinworks Pearl Foudation di Journal Hotel Kuala Lumpur, di sini, Sabtu lalu.

Nyra Skinworks Pearl Foudation bertindak sebagai bahan asas semula jadi untuk  kulit  dijual pada harga RM69.90.


Dalam pada itu kata Amy, dia gembira dengan kehidupannya hari ini yang tidak terlalu sibuk dengan kerjaya seni sepertimana pernah dilaluinya suatu ketika dahulu.

"Seronok sebenarnya dapat melihat anak-anak membesar di hadapan mata dan pada saya cukuplah suatu ketika dahulu saya sudah merasai zaman popular dan sekarang tumpuan harus saya lebihkan kepada keluarga,” katanya.

Tambahnya lagi, suaminya tidak pula menghalang mahupun memaksa untuk dia terus aktif dalam lapangan seni.

Dalam perkembangan lain, Amy kini dalam rangka mempromosikan single terbaharunya berjudul Kalimah.

Dia mengakui mempunyai perancangan untuk melibatkan diri dalam lapangan perniagaan namun masih belum terfikir apakah bentuk perniagaan yang ingin dijalankan.

"Melihat artis-artis berniaga dan mengeluarkan produk sendiri membuatkan hati saya terdetik juga untuk berniaga, tetapi sampai sekarang masih belum terfikir apakah yang hendak saya jual dan keluarkan," katanya.

Ketika ditanya apakah rahsia pada usia sekarang dia masih kelihatan muda, pelantun lagu Meniti Hari ini tidak banyak berahsia.

"Nak kata rahsia tu tak adalah... sama juga dengan wanita lain yang melakukan rutin mencuci muka dan menjalankan rawatan wajah.

"Cuma mungkin dari satu sudut saya ni seorang yang ceria, positif dan mudah ketawa mungkin membuatkan orang melihat saya seperti awet muda," ujarnya dengan senyuman.
Tags / Kata Kunci: Amy Mastura

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan