Amir (AF2016) Anggap Terlalu Awal Fikir Soal Cinta

Diterbitkan: Isnin, 14 November 2016 5:50 AM

Amir memberitahu dia ingin memberi fokus kepada karier seni terlebih dahulu sebelum berfikir soal cinta. Foto Ihsan Instagram @amir_af2016fanclub

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Juara Akedemi Fantasia 2016 (AF2016) iaitu Amir memberitahu masih terlalu awal untuknya memikirkan soal cinta memandangkan kerjayanya dalam bidang seni baharu sahaja bermula.

Amir atau Amir Syazwan Masdi, 20, berkata, buat masa ini perhatiannya adalah kepada bidang nyanyian dan pengajiannya di universiti yang kini memasuki semester akhir.

"Buat masa sekarang saya belum terfikir tentang soal cinta kerana ingin memberi sepenuh komitmen pada kerjaya nyanyian yang baharu sahaja bermula.

"Pada usia sekarang masih terlalu awal untuk memikirkan soal itu dan biarlah saya kejar cita-cita terlebih dahulu," katanya kepada mStar Online.

Amir ditemui pada majlis ramah mesra bersama peminat dan media yang diadakan di Restoran Nelayan Gombak, di sini, Sabtu.

Pada acara tersebut, Amir turut menghiburkan peminatnya menerusi beberapa lagu termasuk single sulungnya berjudul Pemilik Cinta.

Dalam pada itu, Amir mengakui, dia tidak pernah mempunyai pengalaman dalam percintaan membuatkan dia tidak terlalu memikirkan tentangnya.

Amir bergambar bersama peminatnya.

Atas dasar itu juga, dia tidak menetapkan sebarang sasaran untuk mencari teman wanita sebaliknya membiarkan perkara itu berlaku secara semula jadi.

"Saya sebenarnya tiada pengalaman dalam soal cinta dan tidak pernah pula mencari, kalau ada, adalah...," kata penuntut diploma kejuruteraan elektrik di Universiti Tenaga Nasional (UniTEN) ini.

Berkongsi ciri-ciri wanita idamannya, Amir berkata selain berpelajaran dia berharap dipertemukan dengan seorang gadis yang sederhana dan tidak terlalu menonjolkan diri.

Bercakap mengenai karier seninya, Amir berkata selain menyanyi dia merancang untuk bergelar seorang komposer dan penulis lirik suatu hari nanti.

Malah kata Amir, dia juga bercita-cita untuk memiliki sebuah studio mini suatu hari nanti.

"Masa sekolah dahulu saya ada juga menulis lirik tetapi ia sekadar mengisi masa lapang sahaja.

"Ada beberapa lirik tulisan saya itu masih saya simpan hingga sekarang dan jika ada rezeki nanti saya mahu zahirkan ia sebagai sebuah lagu hasil ciptaan sepenuhnya oleh saya sendiri," katanya.

Dalam perkembangan lain, Amir berkata dia kini masih dalam rangka promosi lagu Pemilik Cinta yang dicipta oleh Sri Kandi dan lirik oleh Hang Nadim.

Selain itu, dia juga berhasrat untuk mencuba berlakon sekiranya diberi peluang.

Tags / Kata Kunci: Amir AF , Pemilik Cinta

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan