Elizabeth Akui Awi Rafael Rakan Artis Paling Rapat

Diterbitkan: Ahad, 13 November 2016 5:30 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Penyanyi Elizabeth Tan memberitahu dia memilih penyanyi dan komposer Awi Rafael menggantikan rakan duetnya untuk lagu Setia berikutan berasa selesa bekerjasama dengan penyanyi berkenaan. 

Elizabeth atau lebih mesra disapa Lizzy, 23, mengakui Awi merupakan rakan artis paling rapat dengannya buat masa ini. 

"Saya yang pilih Awi untuk rakan duet kerana Faizal memang tidak akan memasuki pertandingan Anugerah Juara Lagu lagi. 

"Saya tidak ramai kawan artis lelaki, Awi juga guru vokal saya dan kami berada dibawah label yang sama iaitu Warner Music," ujarnya kepada mStar Online

Dia ditemui selepas Semi Final Muzik-Muzik 31 yang diadakan di Plaza Alam Sentral, Jumaat malam. 

Lagu nyanyiannya berjudul Setia ciptaan Faizal Tahir layak ke Anugerah Juara Lagu 31  yang bakal diadakan pada 22 Januari depan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC). 

Elizabeth berkata, dia tidak menjangkakan dapat beraksi sekali lagi di pentas AJL31 selepas lagu Knock-Knock tahun lalu. 

Selain itu, katanya, dia juga sudah bersedia untuk dikritik seperti yang dilalui sebelum ini. 

"Terkejut dan bersyukur dapat beraksi sekali lagi, namun kali ini saya tidak begitu gementar tahun lalu kerana nyanyi bersama Awi Rafael.

"Jika ditanya tentang kritikan, saya sudah bersedia kerana setiap hari pun saya dikritik," ujarnya. 

Sementara itu, ditanya tentang perancangan pada persembahan AJL31, Elizabeth berkata, dia menyerahkan perkara itu kepada Awi dan Faizal Tahir. 

"Awi ada beri pendapat untuk jadikan lagu itu kepada versi rock tapi akan berbincang dengan Faizal terlebih dahulu," ujarnya. 

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan