Jika Buat Perkara Tak Betul, Zain Tetap Nasihatkan Che Ta

Diterbitkan: Sabtu, 12 November 2016 5:58 AM

Zain Saidin dan Rozita Che Wan

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pelakon Zain Saidin tidak ambil peduli setiap kritikan netizen pada isterinya, aktres Rozita Che Wan jika isu yang ditimbulkan itu bersifat mengarut.

Zain, 32, bagaimanapun berkata, sebagai seorang suami dia akan tetap menegur isterinya itu jika apa dilakukan Rozita atau Che Ta, 43,  sesuatu yang tidak betul.

“Dari dulu saya lebih senang berdiam setiap kali mendengar apa-apa isu membabitkan isteri saya apatah lagi yang sengaja direka-reka golongan keyboard worrior ini kerana bagi saya melayan orang-orang begini sesuatu yang sia-sia.

“Pun begitu, sekiranya ada perkara yang saya rasakan perlu ditegur, saya tetap rasional dan akan tetap tegur Che Ta tetapi bukanlah pada isu yang remeh temeh,” katanya kepada mStar Online.

Zain ditemui pada majlis sidang media kempen misi kemanusiaan Peace For Yemen, Hotel Park Royal Kuala Lumpur, di sini, pada Jumaat.

Kempen yang dilancarkan oleh badan bukan kerajaan (NGO) Muslim Care Malaysia (MCM) ini turut mendapat kerjasama golongan artis tempatan dalam usaha menghebahkan kesengsaraan umat Islam di Yaman yang tidak didendangkan oleh kebanyakan pihak sebelum ini.

Selain Zain, turut serta dalam misi ini termasuklah Heliza Helmi, Yatt Hamzah, Afdlin Shauki, Adam Corrie, Salima Habibi dan Hafiz Hamidun.

Zain Saidin turut memberi sokongan dalam kempen Peace For yamen. Foto ROHAIZAT DARUS

Tambahnya lagi, pengalaman sebelum ini mengajar dia agar tidak memberi respons pada setiap kritikan netizen terutama di media-media sosial yang disifatkan sengaja inginkan perhatian.

"Orang macam ni semakin kita layan, semakin rancak komen yang bukan-bukan dan sebagai manusia biasa, saya pun ada perasaan geram juga," katanya.

Impi Zuriat Kedua

Dalam perkembangan lain Zain turut mengimpikan untuk mempunyai zuriat kedua setelah anak pertamanya, Aaishah Dhia Rana kini memasuki usia dua tahun.

Kata Zain, perancangan ke arah itu tetap ada namun dia ingin menstabilkan kedudukan ekonominya terlebih dahulu agar keselesaan mereka sekeluarga lebih terjamin pada masa hadapan.

"Kehidupan hari ini semakin mencabar dan saya target untuk kumpul pendapatan sebulan paling kurang biar mencecah ke lima angka, barulah saya akan fikirkan perancangan untuk cahaya mata kedua.

"Bagaimanapun kalau sudah Allah berikan rezeki itu dalam waktu terdekat, saya tetap akan terima,” katanya.

Ditanya tentang penyertaannya bersama kempen misi Peace For Yemen, Zain berkata selain berperanan menghebahkan kempen ini kepada peminat di media sosial, dia akan mendermakan RM10 bagi pembelian kasut ZapatoS kepada tabung keamanan itu.

"Insya-Allah saya juga akan berkongsi perkara baik ini kepada Che Ta untuk kami sama-sama membantu kempen ini dalam apa sahaja cara yang kami mampu,” katanya yang menjalankan perniagaan menjual kasut jenama itu.

Tags / Kata Kunci: Zain Saidin , Che Ta

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan