“Saya Tak Pernah Kata Macam Emma Maembong” - Suffila Aida

Diterbitkan: Sabtu, 12 November 2016 6:00 AM

Suffila Aida cuba bidang lakonan.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pelakon baharu Suffila Aida mula berasa rimas apabila dikecam peminat Emma Maembong yang menuduhnya sengaja menumpang populariti artis berkenaan untuk dikenali dan menarik pengikut media sosial.

Suffila atau nama sebenarnya Noorul Suffila Aida Sofian, 23, berkata, kenyataan mengatakan dia berwajah seirang dengan Emma bukannnya keluar daripada mulut dia, sebaliknya diviralkan orang luar dan blog-blog hiburan tempatan.

"Saya tidak pernah mengaku atau feeling macam Emma Maembong, sebaliknya blog-blog tempatan yang ambil gambar saya dan membandingkan wajah saya dengan Emma.

"Namun, perkara itu disalah anggap peminat Emma yang sering menghentam saya kononnya mahu tumpang populariti selain mengutuk saya menyolek tebal untuk kelihatan cantik seperti Emma," ujarnya kepada mStar Online.

Dia ditemui pada majlis pelancaran Pengantinku Jatuh Dari Langit yang diadakan di Hadramawt Palace Restaurant, dekat sini, Khamis.

Suffila Aida (kiri) dan Emma Maembong dikatakan punya wajah seiras.

Suffila merupakan model dan selebriti instagram yang memiliki seramai 73,000 pengikut di laman sosial itu.

Tambahnya, dia tidak membaca komen-komen negatif tersebut yang hanya menjatuhkan semangatnya untuk melangkah dalam bidang seni.

"Kadang-kadang tertekan juga, tapi saya tidak baca dan ambil pusing komen-komen mereka. Saya anggap itu merupakan salah satu perkara yang perlu saya hadapi untuk berada dalam industri.

"Saya yakin lama-kelamaan orang akan biasa dan tidak akan bercakap tentang itu lagi," ujarnya.

Sementara itu, Suffila yang pertama kali berlakon mengakui agak gugup dan gemuruh ketika berada di lokasi penggambaran.

Barisan pelakon yang terlibat dalam drama Pengantinku Jatuh Dari Langit. Foto -SA Pictures

Katanya, dia bernasib baik kerana kru produksi dan pelakon lain memberi peluang untuk dia belajar.

"Pengantinku Jatuh Dari Langit merupakan drama pertama saya dan ia merupakan satu proses belajar. Saya bernasib baik pihak Creative Skill Solution memberi peluang untuk saya melangkah dalam industri.

"Insya-Allah, kalau diberi peluang lagi saya akan cuba beri yang lebih baik, saya pun baharu tamat belajar di UiTM dalam jurusan Ijazah Pengurusan Perniagaan dan belum mula bekerja," ujarnya.

Drama 30 episod arahan Idora Abdul Rahman itu turut menampilkan Afifah Nasir, Hafreez Adam, Faye Kusairi, Azhar Sulaiman, Fahad Iman, Kismah Johar dan Azam Pitt.

Ia bakal bersiaran bermula 30 November ini pada setiap hari Rabu dan Khamis, pukul 9 malam di HyppSensasi (HyppTV 116) dan HyppTV Everywhere (aplikasi mobil HyppTV).


iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan