Selepas Kahwin Amar Baharin & Amyra Elak Berlakon Sama

Diterbitkan: Sabtu, 12 November 2016 12:40 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pelakon Amar Baharin mengambil keputusan untuk mengurangkan tawaran yang akan menggandingkan dia dengan Amyra Rosli selepas mereka menjadi suami-isteri.

Amar atau nama sebenarnya, Amar Mohd Baharin, 31, berkata, ia bagi mengelakkan berlaku perkara yang melanggar hukum agama dan memberi kesan kepada hubungan rumah tangga.

"Selepas berkahwin kami akan mengurangkan berlakon bergandingan bersama dalam drama, ia adalah atas nasihat orang berpengalaman.

"Ia bagi mengelakkan perkara yang berkaitan agama dan hukum hakam yang boleh memberi kesan negatif kepada hubungan sebagai suami-isteri," ujarnya kepada mStar Online.

Amar ditemui selepas sah bergelar suami kepada pelakon Amyra Rosli, 25,  dalam sebuah majlis pernikahan yang diadakan di Hotel Premiera, di sini, Jumaat.

Amyra menerima mas kahwin sebanyak RM1,111 dan wang hantaran sebanyak RM50,000.

Dengan sekali lafaz, mereka sah bergelar suami-isteri.

Amyra menerima mas kahwin daripada Amar.

Dalam pada itu, ditanya tentang batasan dalam kerjaya isterinya, Amar berkata, dia percaya wanita itu sudah pandai untuk menjaga diri dengan baik.

"Salah satu sebab saya suka kepadanya ialah kerana dia pandai menjaga diri dan maruah keluarga. Jadi perkara itu tidak jadi masalah untuk dia terus dalam bidang lakonan ini.

"Saya yakin seratus peratus dia sedar dan tahu batas dan tanggungjawabnya sebagai isteri," ujarnya.

Sementara itu, Amyra berkata, mereka memilih lokasi bulan madu di Jepun penghujung November ini.

Katanya, ia merupakan salah sebuah lokasi yang ingin dilawatinya berikutan mempunyai taman tema Disneyland.

"Saya memilih untuk berbulan madu di Jepun kerana saya sukakan taman tema dan memang teringin sangat untuk ke Disneyland, Jepun," ujarnya.

Selain itu, bercakap tentang perancangan keluarga, pasangan ini berharap diberi rezeki zuriat secepat mungkin.   

Tags / Kata Kunci: Amyra Rosli , Amar Baharin

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan