Soo Wincci Bercita-Cita Mahu Menang Anugerah Juara Lagu

Diterbitkan: Jumaat, 11 November 2016 6:00 AM

Soo Wincci

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Selepas berjaya bergelar doktor falsafah (PhD), penyanyi dan pelakon Soo Wincci menyimpan impian baharu iaitu berhasrat memenangi Anugerah Juara Lagu (AJL) pada masa hadapan.

Soo Wincci, 31, berkata dia tidak bimbang terpaksa menanti dalam tempoh yang lama asalkan hajatnya itu terlaksana.

“Saya akan terus berusaha dan cuba sedaya upaya untuk memenangi AJL pada masa depan. Saya tidak kisah jika perlu tunggu lima atau sehingga sepuluh tahun sekali pun.


“Setakat ini tiada lagi seorang penyanyi berbangsa Cina yang berjaya memenangi anugerah berprestij itu.

"Saya akan terus berusaha, tetapi jika tidak dapat juga tidak mengapa,” katanya kepada mStar Online ketika ditemui pada majlis pelancaran Japan Travel Fair 2016, di sini, Rabu lalu.

Soo Wincci turut melancarkan muzik video single terbarunya iaitu Merai Perpisahan yang diterbitkan dalam dua versi bahasa iaitu bahasa Melayu dan bahasa Cina.

Lagu versi bahasa Melayu ditulis oleh Ad Samad selain dia juga mempelawa Daniel Lee (pemenang Malaysian Idol musim kedua) untuk membantu  dalam mencari nada nyanyian dalam bahasa itu,” jelasnya.

Dalam pada itu sempena pelancaran Japan Travel Fair 2016, Soo Wincci turut berkongsi pengalaman penggambaraan selama tiga hari di negara itu.

“Pengalaman yang tidak boleh dilupakannya ialah semasa hari ketiga yang juga hari terakhir penggambaran kami di Jepun.

"Dengan keadaan hujan dan angin yang sangat kuat, ia agak sukar untuk melaksanakan penggambaran tersebut.

“Tetapi tidak mengapa, kami lalui semua cabaran itu untuk menghasilkan sebuah kerja seni,” jelasnya.

Dalam perkembangan lain, Soo Wincci  baharu mendapat tawaran persembahan di China dan akan mula aktif di negara itu mulai Jun tahun hadapan.

Dia juga akan mengeluarkan buku pada bulan Januari 2017 serta melakukan jelajah motivasi sekurang-kurangnya di 100 buah universiti tempatan serta beberapa buah universiti di luar negara.

Tags / Kata Kunci: Soo Wincci

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan