Amar Baharin & Amyra Rosli Akhirnya Bergelar Suami-Isteri

Diterbitkan: Jumaat, 11 November 2016 5:28 PM

Semoga Berbahagia Ammar dan Amyra

  • 1 of 7
  • Amar Amyra

    Amyra Rosli mencium tanggan suaminya Amar Baharin selepas mereka sah bergelar suami-isteri dalam majlis akadn nikah di Hotel Premiera, Kuala Lumpur pada 11 November 2016. FOTO: Manggis.TV

  • Amar Amyra

    Pasangan pengantin tersenyum gembira selepas kedua-duanya sah bergelar suami-isteri. FOTO: Manggis.TV

  • Amar Amyra

    Yeaeeh!!! Kami dah kahwin... Amar Baharin dan Amyra Rosli menunjukkan inai di jari masing-masing menandakan mereka adalah suami-isteri. FOTO: Manggis.TV

  • Amar Amyra

    Amyra menyarungkan cincin di jari manis suaminya, Amar Baharin. FOTO: Manggis.TV

  • Amar Amyra

    Amar Baharin berdebar menanti detik untuk melafazkan nikah. FOTO: Manggis.TV

  • Amar Amyra

    Amyra Rosli ditemani ibunya Noor Zaridah Ahmad merangkap pengurusnya yang juga bekas Pegawai Perhubungan Awam, syarikat rakaman Warner Music. FOTO: Manggis.TV

  • Amar Amyra

    Pasangan mempelai dikerumuni ahli keluarga dan sanak saudara untuk bergambar selepas selesai upacara akad nikah. FOTO: Rohaizat Darus.

x
(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pasangan pelakon Amar Baharin dan Amyra Rosli selamat diijabkabulkan sebagai suami-isteri dengan sekali lafaz kira-kira pukul 5.15 petang Jumaat.

Majlis pernikahan diadakan di Hotel Premiera, di sini dengan dihadiri kira-kira 200 tetamu terdiri keluarga kedua-dua pihak dan rakan terdekat pasangan berkenaan.

Mereka dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan iaitu Rosli Awang disaksikan Pendaftar Perkahwinan, Perceraian Dan Rujuk, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Hazman Hashim.

Amar atau nama sebenarnya Amar Mohd Baharin, 31, menyerahkan mas kahwin berjumlah RM1,111 kepada Amyra manakala wang hantaran pula RM50,000.

Pengantin perempuan turut menerima lima dulang hantaran dan dibalas dengan tujuh dulang kepada pihak lelaki.

Pasangan mempelai menggayakan busana berwarna putih rekaan Rizman Ruzaini.

Resepsi persandingan pasangan pengantin akan berlangsung pada malam Sabtu di lokasi yang sama.

Manakala majlis di pihak pengantin lelaki akan diadakan di Bright Star Banquet Hall, Ampang dekat sini pada 19 November ini.

Amar dan Amyra atau nama sebenarnya Nur Amira Izzati, 25, mengikat tali pertunangan dalam sebuah majlis tertutup pada 22 Julai lalu.

Tags / Kata Kunci: Amar Baharin , Amyra Rosli

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan