Kurang Pengetahuan Punca Artis Tidak Sedar Dapat Pelepasan Cukai

Diterbitkan: Khamis, 10 November 2016 5:30 AM

Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Zed Zaidi akan bekerjasama dengan pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) bagi mengadakan program pendidikan berhubung cukai bersama artis. Foto RAYMOND OOI

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Zed Zaidi berkata, kurangnya pengetahuan menyebabkan segelintir artis di negara ini tidak mengetahui mereka sebenarnya diberi keistimewaan untuk mendapat pelepasan cukai.

Zed berkata, sesuatu pembelian melibatkan imej seseoang artis boleh mendapat pelepasan cukai namun perlu dibuktikan dengan resit sekiranyan diminta oleh pihak Lembaga Hasil Dalam Negari (LHDN) ketika membuat pengiystiharan cukai pendapatan.

Tambah Zed lagi, perkara berkaitan lain dengan kerjaya sebagai artis juga boleh dikenakan pelepasan cukai.

Zed Zaidi (tiga dari kiri) pada sidang media Hari Bersama Pelanggan, Budi Group dengan kerjasama Seniman di Shah Alam.

"Cadangan yang dibuat Nora Danish sebelum ini tidak salah dan LHDN memang memberi pelepasan untuk penampilan dan perkara berkaitan kerana ia adalah sebahagian daripada tugas mereka untuk kelihatan menarik.

"Cuma mungkin ada yang tidak tahu bahawa ia boleh mendapat pengecualian kerana faktor kurang maklumat tetapi mereka kena bersedia dengan bukti resit sebagai sokongan," katanya kepada mStar Online.

Zed ditemui pada sidang media Hari Bersama Pelanggan Budi Group dengan kerjasama Seniman di sini, Rabu.

Tambah Zed, Seniman telah berjumpa sendiri dengan pihak LHDN bagi mendapatkan penjelasan berhubung perkara itu selepas kenyataan Nora dimanipulasi sesetengah pihak yang mendapat perhatian hebat di laman sosial baru-baru ini.

Nora Danish.
Dalam pada itu, Zed berkata, hasil perbincangan dengan Bahagian Pendidikan Cukai LHDN, mereka akan menjalinkan kerjasama dalam mengadakan beberapa program dalam menyebarkan maklumat tepat tentang pembayaran cukai kepada golongan selebriti.

Katanya, kekurangan maklumat dan salah faham mengenai cukai membuatkan ramai artis takut untuk membuat pengisytiharan pendapatan mereka sehingga menyebabkan menimbulkan masalah di kemudian hari.

"Isu yang saya lihat sekarang adalah tiada pendidikan awal tentang proses pembayaran cukai kerana ramai yang salah faham sehingga mengabaikan perkara itu.

"Cukai bukan bererti kita perlu bayar tetapi sebenarnya banyak faedah lain dan dalam kebanyakan kes tidak perlu bayar pun malah ada dapat kembali lebihan cukai yang dibayar," katanya.

Sementara itu, Zed berkata, Seniman tidak memandang ringan perkara tersebut kerana dokumentasi hasil daripada pengisytiharan pendapatan adalah penting untuk golongan artis.

Ini kerana kata Zed, golongan artis tidak mempunyai pendapatan tetap atau pun slip gaji yang menyukarkan mereka membuat pinjaman untuk membeli rumah atau pun kereta.

"Syarat bank untuk membuat pinjaman salah satunya kena ada dokumentasi daripada LHDN dan ia penting untuk artis kerana kami tiada pendapatan tetap atau pun slip gaji.

"Ini yang ingin saya fahamkan dalam program pendidikan itu nanti bahawa penting pengisytiharan pendapatan kerana dokumentasi LHDN boleh membantu urusan lain," jelasnya.

Tags / Kata Kunci: Zed Zaidi

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan