Sambutan Luar Biasa Bisnes Pulut Kuning Zarina Zainuddin

Diterbitkan: Rabu, 9 November 2016 5:44 AM

Bisnes pulut kuning Zarina Zainuddin semakin berkembang maju. Foto Ihsan Instgram @zarinazainuddin_

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pelakon Zarina Zainuddin tidak menyangka perniagaan pulut kuning dan rendang diusahakannya sejak beberapa bulan lalu mendapat sambutan luar biasa daripada pelanggan walaupun dia hanya membuat promosi menerusi Instagram.

Zarina, 46, berkata, sambutan menggalakkan itu membuatkan dia lebih bersemangat untuk meneruskan bisnes berkenaan meskipun jadualnya padat dengan aktiviti lakonan.

"Pada awalnya saya hanya buat secara suka-suka sahaja tetapi tidak sangka pula ia mendapat perhatian pengikut di Instagram dan tempahan semakin banyak.

"Sekarang memang saya banyak fokus kepada bisnes pulut dan rendang kerana permintaan malah ada membuat tempahan untuk majlis pertunangan dan hari jadi.

"Penat memang penat sebab saya masih aktif berlakon tetapi tidak mengapa ia rezeki daripada Allah," katanya kepada mStar Online.

Dalam pada itu, Zarina berkata, secara purata dia akan memasak 15 kilogram pulut setiap hari selain 20 ekor ayam dan 15 kilogram daging untuk dibuat rendang.

Katanya lagi, setiap hari dia akan mula memasak seawal pukul 6 pagi sebelum membuat penghantaran pada waktu tengah hari.

Inilah antara contoh pulut kuning dibuat Zarina.
"Malam sebelumnya dua pembantu rumah saya akan menyiapkan bahan-bahan untuk memasak dan sesudah solat Subuh saya akan terus memasak sebelum saya sendiri membuat penghantaran kepada pelanggan.

"Saya hantar sendiri semua tempahan kerana ingin menyerahkan sendiri kepada pelanggan sebagai penghargaan selain ingin mendapat reaksi bagi memperbaiki kekurangan.

"Alhamdulillah setakat ini maklum balas diberikan cukup baik malah ramai yang membuat tempahan berulang-kali," katanya.

Sementara itu, Zarina berkata, bisnes berkenaan juga memberinya lebih masa berada di rumah untuk bersama anak-anak dan keluarga yang banyak membantunya melancarkan proses penyediaan pulut kuning.

"Suami jadi pembantu pergi ke kedai beli barang-barang penyediaan malah anak-anak pun sibuk membantu saya di dapur.

"Ia membuatkan hubungan kami lebih rapat dan saya dapat meluangkan masa lebih banyak bersama mereka," ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Zarina berkata, dia baharu sahaja selesai menjalani penggambaran filem berjudul Malaun arahan Zack Lokman selain bakal muncul dalam dua projek drama terbitan TV3 tidak lama lagi.
Tags / Kata Kunci: Zarina Zainuddin

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan