Filem 'Last Kopek Havoc' Dijual Dalam Bentuk DVD

Diterbitkan: Rabu, 9 November 2016 5:30 AM

Barisan para pelakon Last Kopek Havoc.

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Penerbit filem Last Kopek Havoc menaruh keyakinan filem itu dapat diterima baik oleh peminat walaupun ia hanya dilancarkan dalam bentuk cakera padat digital (DVD).

Penerbitnya, Pablo Amirul berkata, walaupun keputusan itu dilihat melawan arus namun dia yakin masih ada permintaan daripada pembeli sekiranya promosi dan strategi dibuat dengan betul.

"Pada awal pembikinan filem ini kami tidak fikirkan sama ada hendak lancarkan di pawagam, televisyen atau DVD kerana ingin mencari makenisme lain dalam memasarkan produk kami.

"Selepas membuat kajian selama setahun tentang corak pembelian DVD yang sudah agak ketinggalan kami lihat itu adalah peluang untuk kami bangkitkan semula memenuhi permintaan dalam bentuk fizikal.

"Sebab itu kami ingin ambil peluang ini lakukan apa yang orang dah tak buat tetapi dengan strategi yang betul," katanya kepada mStar Online.

Selain Pablo Amirul sendiri Last Kopek Havoc menampilkan barisan pelakon seperti Erry Putra, Johan Raja Lawak, Saiful Apek, Wan Hanafi Su, Chacha Maembong, Sofi Jikan, Fezrul Khan, Azad Jasmin dan Bell Ngasri.

Diarahkan oleh Reen Emran dan Along Eyzendy ia diterbitkan oleh Malayan Brotherhood Venture dengan kerjasama HornBill World Sdn Bhd.

Ia dijual pada harga RM19.90.

Along Eyzendy (kiri) dan Pablo Amirul.
Tambah Pablo, pihaknya juga menyedari tentang isu cetak rompak dan muat naik secara haram yang berleluasa ketika ini namun menganggap ia sesuatu yang tidak dapat dielakkan.

"Kalau tidak keluar DVD pun ia tetap akan dicetak rompak malah sekarang dua tiga hari filem ditayangkan sudah ada di dalam laman sosial.

"Kita tidak mahu beri fokus kepada perkara itu kerana ia bukan mudah untuk ditangani sebaliknya menumpukan kepada sudut positif," ujarnya.

Dalam pada itu, Pablo berkata, barisan pelakon terkenal yang terlibat dalam filem tersebut juga diyakini dapat menarik minat peminat membeli DVD itu nanti.

Tambah menarik kata Pablo, semua artis akan sendiri turun padang pada jelajah promosi filem itu di 13 lokasi terpilih bermula Jumaat.

"Buat masa ini DVD ini hanya akan dijual menerusi jelajah promosi yang akan diadakan nanti.

"Selain peminat dapat bertemu dengan pelakon kegemaran, mereka juga dapat membeli DVD berkenaan daripada artis itu sendiri," katanya.

Sementara itu, Pablo berkata, setiap artis yang berjaya menjual DVD berkenaan juga akan menerima royalti sebanyak 20 peratus sepanjang sebulan siri jelajah diadakan.

Katanya, itu adalah cara pihaknya memberi imbuhan tambahan kepada para pelakon terlibat dalam membantu menambahkan pendapatan mereka.

"Kami tidak mahu karya ini dieksplotasi yang pada akhirnya tidak menguntungkan kami sebagai pengkarya dan sebab itu kami mahu menjualnya sendiri.

"Ia juga dapat memberi imbuhan kepada pelakon sekiranya mereka turut membantu menjual DVD berkenaan pada jelajah itu nanti," ujarnya.

Tambah Pablo, pihaknya menyasarkan sebanyak 75,000 keping DVD terjual pada jelajah yang turut memfokuskan ke kawasan luar bandar.
Tags / Kata Kunci: Last Kopek Havoc

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan