Peminat Ajak Berkenalan Di Instagram, Redza Rosli Anggap Gurauan

Diterbitkan: Ahad, 6 November 2016 5:50 AM

Redza Rosli masih belum bersedia untuk bercinta. Foto Arkib THE STAR

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pelakon Redza Rosli mendedahkan pernah menerima mesej daripada peminat wanita di Instagram yang ingin berkenalan dengannya.

Redza atau Ahmad Redza Rosli, 24, bagaimanapun berkata, dia tidak pernah membalas mesej berbaur peribadi daripada peminat kerana menganggap ia hanya usikan nakal.

"Setiap hari memang banyak peminat yang hantar mesej secara peribadi di laman sosial malah ada yang ingin berkenalan tetapi saya tidak pernah menganggap ia perkara serius sebaliknya ia hanya gurauan sahaja.

"Tetapi jika ada yang bertanya khabar atau ingin mengetahui perkembangan terbaharu seperti drama lakonan dan karier saya akan cuba balas pertanyaan mereka," katanya kepada mStar Online.

Dalam pada itu, Redza berkata, dia masih belum bersedia untuk mempunyai teman wanita kerana ingin memberi fokus kepada kerjayanya sebagai pelakon.

Malah kata Redza, pada usianya sekarang dia tidak terburu-buru untuk mencari pasangan hidup kerana merasakan masih banyak perkara yang belum dicapai dalam kariernya.

"Saya tiada teman wanita kerana kerja adalah pasangan saya sekarang.

"Biarlah dahulu kerana fokus saya kini adalah kepada lakonan dan masih banyak benda yang ingin saya capai terlebih dahulu.

"Insya-Allah jika ada jodoh pasti tidak ke mana," katanya.

Dalam perkembangan lain, Redza berkata, dia kini sedang menjalani penggambaran drama bersiri Jatuh Cinta Buta bersama Zara Zya terbitan Zeel Production untuk siaran Astro Ria.

Selain itu drama bersiri lakonannya bersama Amyra Rosli dan Saharul Ridzwan iaitu Seindah Takdir Cinta pula tercalon dalam Anugerah Skrin 2016 (ASK2016) menerusi kategori Drama Rantaian Terbaik.

Tags / Kata Kunci: Redza Rosli , ASK2016

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan