Jalaluddin Hassan Sifatkan Arwah Isteri Wanita Terbaik

Diterbitkan: Ahad, 6 November 2016 6:00 AM

Aktor terkenal, Datuk Jalaluddin Hassan reda dengan pemergian isteri tercinta, Datin Hashimah Mad Ehsan yang meninggal dunia pada Sabtu lalu. Foto Ihsan Instagram @jalaluddinhassan

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pelakon Datuk Jalaluddin Hassan menyifatkan isterinya, Datin Hashimah Mad Ehsan yang meninggal dunia kira-kira pukul 3 pagi Sabtu lalu sebagai wanita terbaik yang pernah hadir dalam hidupnya.

Jalaluddin, 62, berkata, sepanjang hampir 40 tahun hidup sebagai suami-isteri, Allahyarham menjalankan tanggungjawabnya sebagai isteri dengan baik selain tidak pernah bersangka buruk terhadapnya.

"Dia adalah wanita dan isteri terbaik yang pernah hadir dalam hidup saya dan sukar sebenarnya saya menerima kehilangannya ini.

"Tetapi saya reda dengan ketentuan Allah tambahan pula sejak 40 tahun kami berkahwin, arwah sudah memberikan yang terbaik kepada saya dan keluarga.

"Tidak pernah sekali dia mengabaikan tanggungjawabnya malah dia sentiasa bersangka baik walaupun saya adakalanya memberinya cabaran," katanya kepada mStar Online ketika dihubungi pada Sabtu.

Jalaluddin menyifatkan Hashimah adalah wanita paling terbaik yang pernah hadir dalam hidupnya.

Terdahulu, Hashimah, 64, meninggal dunia apabila mengalami komplikasi selepas menjalani pembedahan saluran jantung di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) dekat sini pada Jumaat lalu.

Selain masalah jantung, Allahyarham turut menghidap penyakit kencing manis dan masalah paru-paru berair.

Dalam pada itu, Jalaluddin berkata, sejak Ogos lalu, isterinya sering keluar masuk hospital kerana masalah paru-paru berair sebelum dimasukkan ke PPUKM sejak 5 Oktober lalu akibat penyakit jantung.

Katanya lagi, pembedahan membuka saluran jantung tersebut berjalan lancar namun akibat masalah paru-paru berair dan kencing manis ia memberi komplikasi.

"Semuanya berjalan dengan baik pada awalnya malah doktor memberitahu lima saluran jantung dapat dibuka dengan baik.

Gambar kenangan pasangan ini ketika bercuti di Doha.

"Bagaimanapun dengan pelbagai komplikasi, jantung isteri saya lemah sebelum disahkan meninggal dunia," jelasnya.

Sementara itu, Jalaluddin berkata, dia berasa sayu namun tenang apabila melihat wajah isterinya dalam keadaan tersenyum dan seperti sedang tidur sebelum dikebumikan semalam.

Jenazah Allahyarham dikebumikan selepas solat Zohor pada Sabtu di Tanah Perkuburan Islam Datuk Keramat dekat sini.

Pasangan itu yang berkahwin pada 1976 mempunyai lapan cahaya mata dan 14 cucu.

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan