Anis Dedah Reputasinya Buruk Akibat Putus Cinta Dengan Raja Afiq

Diterbitkan: Khamis, 3 November 2016 6:00 AM

Anis Al-Idrus

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Pelakon Anis Al-Idrus berkata, kisah putus cintanya dengan Raja Afiq benar-benar memberi tamparan sehingga memburukan reputuasinya sebagai seorang selebriti.

Anis atau nama sebenarnya Sharifah Anis Syed Zainal Al Idrus, 28, berkata, dia kesal apabila terdapat pelbagai andaian khusunya segelintir masyarakat Melayu yang gemarkan cerita-cerita gosip.

“Saya tidak boleh menghentikan pelbagai andaian terhadap saya kerana tipikal segelintir masyarakat kita memang sukakan gosip.

Raja Afiq.

"Jadi, apa yang perlu saya buat ialah sentiasa tukarkan aura negatif itu menjadi positif agar ia tidak terus menganggu emosi," katanya kepada mStar Online.

SILA KLIK: "Terpulang Pada Anis, Tiada Apa Hendak Saya Selindungkan" - Raja Afiq

Anis diminta mengulas perasaannya dan persepsi masyarakat selepas dia putus cinta dengan Raja Afiq.

Sebelum ini Anis pernah berkawan dengan Sharnaaz Ahmad namun hubungan itu turut berakhir dengan perpisahan.

Terdahulu, dia hadir pada majlis pembukaan cawangan keenam Estetika Medispa di sini pada Isnin lalu.

Dalam pada itu, pengacara program Pencetus Ummah ini berkata, dia menjadi mangsa keadaan dalam hubungannya dengan Raja Afiq dan tetap dengan pendirian untuk mendedahkan bukti perpisahan itu.

“Maaf, atas nasihat beberapa individu, saya tidak dapat kongsikan sebarang kenyataan buat masa sekarang kerana bukti-bukti tersebut akan dibentangkan pada satu masa yang akan saya umumkan kelak.

“Saya harap dengan pendedahan itu boleh membuka mata siapa yang yang benar dan siapa yang salah dalam hal ini,” tegasnya.

Sementara itu kata Anis kontroversi kegagalan cintanya sejak kebelakangan ini tidak  menganggu fokus dia dalam bidang seni.

Katanya sebagai insan yang selalu positif, dia mampu bersikap profesional dalam kerjaya.

“Kenapa perlu saya rasa tertekan dengan kontroversi itu sedangkan semuanya bukan bermula daripada mulut saya.

“Cukuplah saya katakan saya gembira dengan kehidupan sekarang biarpun tanpa insan bernama kekasih di sisi,” katanya.

Tags / Kata Kunci: Anis Al-Idrus , Raja Afiq

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan