Indah Edrea Tanggung Risiko Ke Pasaran Muzik Malaysia

Diterbitkan: Rabu, 2 November 2016 12:35 AM

Indah Edrea semasa pelancaran single terbaharunya di Jakarta. Foto Ihsan EDREA MANAGEMENT.

(Ubah saiz teks)

JAKARTA: Penyanyi baru dari Indonesia iaitu Indah Edrea sedia mengambil cabaran untuk mempertaruhkan single pertamanya Pergilah Bersamanya di pasaran Malaysia dalam waktu terdekat biarpun ia baharu dilancarkan di negara ini pada Jumaat lalu.

Indah atau nama sebenarnya Indah Pratiwi Subrato, 27, berkata, sekalipun ada yang menyifatkan perkara itu masih terlalu awal untuk dilakukan namun dia percaya kekuatan lagu ciptaan Bemby Noor tersebut mampu mencuri hati peminat lagu-lagu balada di Malaysia.

Indah (kiri) bersama Bemby Noor.
"Benar lagu ini masih terlalu baru dan berisiko untuk ditolak pendengar yang masih asing dengan nama saya.

"Bagaimanapun saya kira ini satu percubaan berani daripada pasukan promosi kerana saya percaya dengan kekuatan dan kualiti lagu ini,” katanya kepada mStar Online.

Indah ditemui pada majlis pelancaran  single dan klip video Pergilah Bersamanya di Ahmad Dhani's Masterpiece Karaoke, Jakarta, Indonesia, Jumaat lalu.

Cloudswork Record bertindak sebagai label yang akan mengatur urusan promosi dan acara penyanyi ini di Malaysia.

Sementara itu kata Indah, dia turut bersyukur kerana pencipta lagunya iaitu Bemby Noor yang pernah mencipta lagu untuk artis-artis tersohor seperti Rossa, Afghan, Kaer Hazami dan Sabhi Sadhi sedia memberikan karya kepadanya sebagai single pengenalan.

Ujar penyanyi kelahiran Karawang 7, Indonesia ini lagi, lagu Pergilah Bersamanya merupakan sebuah lagu yang mempunyai kaitan dengan pengalaman cintanya sebelum ini.

Indah juga adalah peminat setia penyanyi Datuk Siti Nurhaliza.


Di sisi lain, dia yang juga peminat tegar Datuk Siti Nurhaliza sentiasa berkeinginan untuk bertemu dengan penyanyi tersohor itu suatu hari nanti.

"Dapat bersua dengan Siti menjadi salah satu impian hidup saya apalagi sekiranya dapat berkongsi pentas, pasti tidur malam saya tidak lena.

"Antara lagu Siti yang sering saya nyanyikan di karaoke seperti lagu Cindai dan Bukan Cinta Biasa,” katanya.

Tags / Kata Kunci: Indah Edrea

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan